Thursday, July 6, 2017

Ditipu Perniagaan Online


Mama dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin. Dibesarkan oleh sepasang ibu bapa yang sudah tua dan uzur bersama 7 orang adik beradik lelaki. Setelah berusia 23 tahun, mama membuat keputusan berkahwin dengan abah, seorang yang membesar tanpa ibu bapa. Namun, abah mampu mencapai apa yang beliau inginkan. 

Abah merupakan seorang juru teknik di sebuah syarikat cari gali yang menjadi buruan graduan kini dan dikurniakan seramai 8 orang anak, namun tiga daripada mereka Allah pinjamkan hanya beberapa minggu selepas kelahiran mereka. Aku, sebagai anak kedua dari lima beradik yang ada meneruskan kehidupan aku seperti biasa selepas kematian abah pada tahuan 2003. 

Abah hanyalah berusia 38 tahun ketika beliau meninggal. Sewaktu itu,aku berusia lapan tahun. Aku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang abah sudah tiada sehinggalah aku berusia 16 tahun. Aku tidak tahu perasaan adik-adik yang lain pada waktu itu; mereka semuanya masih kecil dan tidak mengerti erti kematian.

Hidup kami tetap diteruskan di kampung mama, terletak di Johor. Sebuah perkampungan kecil yang serba-serbi cukup dengan rezeki yang Allah SWT curahkan kepada penduduknya. Aku dan adik-adik aku yang lain menyambung pelajaran sekolah rendah kami di sini dibawah jagaan mama ku. 

Alhmadulillah, kami bertiga semua sudah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan berbaki dua orang adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada hujung tahun ini. Aku dan kakak aku sudah masing-masing sudah berkahwin dan kami tinggal di satu negeri yang sama, tetapi sudah tidak sedaerah dengan kampung halaman kami. Hari-hari yang dilalui dengan rasa bersyukur keatas kurniaan rezeki Allah telah membuatkan hati kami tenang mengenal mama ku yang semakin dijamah usianya.

Namun, kami semua tersentak pada suatu hari (April,2016) apabila mama kami telibat dalam kes penipuan penghantaran barang dari luar negara. Sejak itu, mama semakin renggang dengan kami. Telefon pintar yang aku berikan kepada mama pada asalnya adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami dek kerana pada waktu itu (sebelum berkahwin) kami tinggal berjauhan dari rumah kerana menuntut ilmu. 

Namun, alat peranti itu ternyata lebih berkuasa dan merobek kebahagian yang kami capai selama ini kerana mama terlalu percaya pada penipu dari luar negara yang berjanji menghadiahkan sejumlah wang besar, IPhone, MacBook dan barangan kemas. Tidak tahulah di mana logiknya. Puas kami pujuk mama, tunjukkan segala bukti tentang kes kes penipuan di atas talian yang menjadikan lelaki dan wanita golongan pertengahan abad sebagai sasaran mereka. 

Pernah kakak ku menunjukkan seorang pengguna facebook yang menyamar menggunakan gambar pensyarah kakak ku sendiri sebagai ‘scammer’!. Tidak pula aku dan suami ku sudah habis mengeledah laman sesawang yang ditunjukkan oleh mama sebagai laman rasmi perbankkan di atas talian yang hanya menggunakan domain percuma sebagai laman rasmi mereka, namun mama masih percaya dengan ‘scammer’. Dicampak pula dengan kata-kata dari mama yang kami hanyalah budak-budak yang tidak faham apa yang orang dewasa lakukan diluar sana. 

Tidak perlu aku nyatakan tahap pendidikan kami semua, tapi kami bukanlah orang yang buta ilmu sehingga digelar sebegitu oleh mama. Aku dan kakak aku sendiri sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga. Tidak tegamak kami menghalang mama sekiranya apa yang mama lakukan itu memberi manfaat kepada mama. Sudah semestinya apa yang mama lakukan itu salah disisi undang-undang!

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini kakak aku dihantui ratusan panggilan dan mesej dari mak ngah ku yang menyatakan mama berhutang berpuluh-puluh ribu dari mak ngah untuk diberikan sebagai duit pendahuluan sebelum barangan dari ‘scammer’ itu memasuki ruang udara Malaysia. 

Memang ini alasan yang biasa kita dengari bukan ? Pelbagai alasan dan jenis cukai yang aneh-aneh aku dengar dari mulut mama, seoleh-olah mama yakin apa yang berlaku sememangnya sebahagian dari biokrasi yang terdapat di dalam Malaysia.

 Kami sudah muak memberikan mama nasihat tentang perkara itu. Tapi beliau tetap dengan pendirian beliau. Adik lelaki aku yang masih belajar di sebuah IPTA di Terengganu mula terkesan dengan tindakan mama. Bahkan, pelajaran beliau mula terabai dengan segala aktiviti haram yang mama jalankan. 

Adik aku membuat panggilan kepada aku setiap hari sambil menangis memikirkan tindak tanduk mama. Aku mulai buntu. Tiada apa yang aku boleh ungkapkan selain bersabar, memohon kepada Allah. Namun, aku tahu itu tidak cukup baginya. 

Menurut kedua adik perempuan aku yang masih duduk dirumah pula, hampir setiap hari ada saja kenalan mama yang datang ke rumah, mengutip hutang. Tidak tahulah alasan apa yang mama berikan kepada mereka semua. Kami bertiga, (kakak ku, aku dan adik lelaki) risau keselamatan adik-adik kami di rumah. 

Manakannya tidak, mama sudah tidak memasak untuk adik-adik ku, jarang duduk dirumah, sering keluar dengan seorang lagi rakan kongsi mama (orang yang mula-mula memperkenalkan mama dengan ‘scammer’) dan tidak dibeli barang basah dan keperluan makanan untuk adik-adik kami. Setiap bulan, habis duit pencen penakat peninggalan arwah abah ku. Tidak tahu kemana hasil wang itu.

Mama sering mangadu tidak cukup duit. Kami pening, kalau dikira mama meraih hampir empat ribu lebih sebulan hasil dari pencen, rumah sewa di bandar, dan hasil kebun sawit (mama ku tiada rumah dan kereta yang perlu dibayar). Gaji yang aku perolehi untuk dua bulan pun, tidak mampu menandingi pendapatan mama. 

Tapi duit tersebut habis entah kemana. Beberapa hari yang lepas, kami menerima berita kehilangan sejumlah wang milik adik bongsu kami di dalam biliknya. Tapi ini bukan kali pertama! Adik bongsu ku hanya mampu menyuruh mama menggantikan duitnya sekiranya ada rezeki. Mama hanya diam membisu dan membatu seolah-olah mengiyakan perbuatan mencuri. 

Sewaktu aku mendapat pinjaman MARA aku juga terkena nasib yang sama. Habis duit ku; diberikan kepada mama untuk tujuan yang tidak jelas. Serba salah menyelubungi kami jika tidak dihulurkan sedikit. Teringat pengorbanan mama menghantar kami ke sekolah menaiki motosikal peninggalan arwah abah berpanas dan berhujan sehingga kami berjaya hari ini. Kami cuba ikhtiar bertanya kepada rakan sekerja tentang hal mama, namun masih ada manusia yang tidak berhati perut memperlekehkan mama di hadapan aku. Kami masih sayangkan mama. 

Kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan sekiranya mama terus begini dengan kami. Tidak tahu kepada siapa harus aku adukan. Suami ku sendiri sudah mula lemas dengan cerita-cerita aku tentang aktiviti mama. Aku faham apa yang suami aku rasa. Siapa tidak muak jika setiap hari mendegar cerita mama yang sudah puas dinasihati tetapi tidak mahu mendengar? Aku akur dengan suamiku.

Jangan katakan kami tidak usaha untuk sedarkan mama. Segala bukti, laman sesawang yang memberikan khidmat domain percuma, orang yang menghantar ayat-ayat manis kepada mama sudah kami utarakan ke mama. Segala betuk teguran (lisan,perbuatan dan WhatsApp) dan berkumpul untuk berbincang cara baik dengan mama sudah kami lakukan. Namun masih belum ada sinaran buat kami semua. 

Disalahkan pula kami datang dari keturunan arwah abah kami, di gelarnya kami semua sebagai anak-anak derhaka. Kami sudah membuat laporan di Jabatan Perkeso, namun kami masih teragak-agak untuk membuat laporan ke Jabatan lain, takut-takut mama kami pula dikenakan tindakan undang-undang.

Doakan kami kuat dan mama bertaubat. Semoga mama kami berubah kearah kebaikan semula seperti dahulu. Kalau ada cadangan yang membina, utarakan kepada kami. Kalau tidak, jangan di kecam mama kami. Mama tetap mama. Tiada anak yang mampu menahan orang lain memanah kata-kata buruk kepada ibu mereka.


.:.

Makanan Percuma Untuk Ibu2 Mengandung


KUALA LUMPUR - Gembira hajatnya dimakbulkan, seorang pengusaha restoran bermurah hati menawarkan hidangan percuma kepada golongan wanita hamil selama sebulan, lapor Malay Mail Online

Asseek Ali Mohamed Iqbal, 36, berkata, beliau berbuat demikian sebagai 'bayaran' nazar selepas isterinya, Jasmine Abdul Razak, 28, disahkan hamil selepas berdoa di Mekah. 

Difahamkan, pasangan berkenaan juga telah menanti zuriat selama tujuh tahun. 

"Seperti yang kita tahu, ibu mengandung mempunyai keinginan yang tinggi atau mengidam bermacam-macam jenis makanan. 

"Adakalanya mereka tidak mampu, dengan adanya makanan percuma di restoran saya, mereka berpeluang makan apa sahaja secara percuma setiap Isnin hingga Ahad bermula 7.30 pagi hingga 8 malam, selama sebulan," katanya. 

Baiknya tuan kedai nak bagi makanan percuma hanya untuk ibu-ibu mengandung selama 1 bulan. Katanya, pesan apa saja yang...

Pemuda dari Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas tiga bulan kembali dari tanah suci, isterinya disahkan berbadan dua dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya matam ereka. 

"Apa yang diberikan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Tidak salah saya berkongsi rezeki," katanya. 


Sunday, April 16, 2017

"Mama Terjebak Dengan Penipuan Penghantaran Barang Dari Luar Negara Sampai Duit Habis Beribu"


Mama dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin. Dibesarkan oleh sepasang ibu bapa yang sudah tua dan uzur bersama 7 orang adik beradik lelaki. Setelah berusia 23 tahun, mama membuat keputusan berkahwin dengan abah, seorang yang membesar tanpa ibu bapa. Namun, abah mampu mencapai apa yang beliau inginkan. 

Abah merupakan seorang juru teknik di sebuah syarikat cari gali yang menjadi buruan graduan kini dan dikurniakan seramai 8 orang anak, namun tiga daripada mereka Allah pinjamkan hanya beberapa minggu selepas kelahiran mereka. Aku, sebagai anak kedua dari lima beradik yang ada meneruskan kehidupan aku seperti biasa selepas kematian abah pada tahuan 2003. 

Abah hanyalah berusia 38 tahun ketika beliau meninggal. Sewaktu itu,aku berusia lapan tahun. Aku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang abah sudah tiada sehinggalah aku berusia 16 tahun. Aku tidak tahu perasaan adik-adik yang lain pada waktu itu; mereka semuanya masih kecil dan tidak mengerti erti kematian.

Hidup kami tetap diteruskan di kampung mama, terletak di Johor. Sebuah perkampungan kecil yang serba-serbi cukup dengan rezeki yang Allah SWT curahkan kepada penduduknya. Aku dan adik-adik aku yang lain menyambung pelajaran sekolah rendah kami di sini dibawah jagaan mama ku. 

Alhmadulillah, kami bertiga semua sudah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan berbaki dua orang adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada hujung tahun ini. Aku dan kakak aku sudah masing-masing sudah berkahwin dan kami tinggal di satu negeri yang sama, tetapi sudah tidak sedaerah dengan kampung halaman kami. Hari-hari yang dilalui dengan rasa bersyukur keatas kurniaan rezeki Allah telah membuatkan hati kami tenang mengenal mama ku yang semakin dijamah usianya.

Namun, kami semua tersentak pada suatu hari (April,2016) apabila mama kami telibat dalam kes penipuan penghantaran barang dari luar negara. Sejak itu, mama semakin renggang dengan kami. Telefon pintar yang aku berikan kepada mama pada asalnya adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami dek kerana pada waktu itu (sebelum berkahwin) kami tinggal berjauhan dari rumah kerana menuntut ilmu. 

Namun, alat peranti itu ternyata lebih berkuasa dan merobek kebahagian yang kami capai selama ini kerana mama terlalu percaya pada penipu dari luar negara yang berjanji menghadiahkan sejumlah wang besar, IPhone, MacBook dan barangan kemas. Tidak tahulah di mana logiknya. Puas kami pujuk mama, tunjukkan segala bukti tentang kes kes penipuan di atas talian yang menjadikan lelaki dan wanita golongan pertengahan abad sebagai sasaran mereka. 

Pernah kakak ku menunjukkan seorang pengguna facebook yang menyamar menggunakan gambar pensyarah kakak ku sendiri sebagai ‘scammer’!. Tidak pula aku dan suami ku sudah habis mengeledah laman sesawang yang ditunjukkan oleh mama sebagai laman rasmi perbankkan di atas talian yang hanya menggunakan domain percuma sebagai laman rasmi mereka, namun mama masih percaya dengan ‘scammer’. Dicampak pula dengan kata-kata dari mama yang kami hanyalah budak-budak yang tidak faham apa yang orang dewasa lakukan diluar sana. 

Tidak perlu aku nyatakan tahap pendidikan kami semua, tapi kami bukanlah orang yang buta ilmu sehingga digelar sebegitu oleh mama. Aku dan kakak aku sendiri sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga. Tidak tegamak kami menghalang mama sekiranya apa yang mama lakukan itu memberi manfaat kepada mama. Sudah semestinya apa yang mama lakukan itu salah disisi undang-undang!

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini kakak aku dihantui ratusan panggilan dan mesej dari mak ngah ku yang menyatakan mama berhutang berpuluh-puluh ribu dari mak ngah untuk diberikan sebagai duit pendahuluan sebelum barangan dari ‘scammer’ itu memasuki ruang udara Malaysia. 

Memang ini alasan yang biasa kita dengari bukan ? Pelbagai alasan dan jenis cukai yang aneh-aneh aku dengar dari mulut mama, seoleh-olah mama yakin apa yang berlaku sememangnya sebahagian dari biokrasi yang terdapat di dalam Malaysia.

 Kami sudah muak memberikan mama nasihat tentang perkara itu. Tapi beliau tetap dengan pendirian beliau. Adik lelaki aku yang masih belajar di sebuah IPTA di Terengganu mula terkesan dengan tindakan mama. Bahkan, pelajaran beliau mula terabai dengan segala aktiviti haram yang mama jalankan. 

Adik aku membuat panggilan kepada aku setiap hari sambil menangis memikirkan tindak tanduk mama. Aku mulai buntu. Tiada apa yang aku boleh ungkapkan selain bersabar, memohon kepada Allah. Namun, aku tahu itu tidak cukup baginya. 

Menurut kedua adik perempuan aku yang masih duduk dirumah pula, hampir setiap hari ada saja kenalan mama yang datang ke rumah, mengutip hutang. Tidak tahulah alasan apa yang mama berikan kepada mereka semua. Kami bertiga, (kakak ku, aku dan adik lelaki) risau keselamatan adik-adik kami di rumah. 

Manakannya tidak, mama sudah tidak memasak untuk adik-adik ku, jarang duduk dirumah, sering keluar dengan seorang lagi rakan kongsi mama (orang yang mula-mula memperkenalkan mama dengan ‘scammer’) dan tidak dibeli barang basah dan keperluan makanan untuk adik-adik kami. Setiap bulan, habis duit pencen penakat peninggalan arwah abah ku. Tidak tahu kemana hasil wang itu.

Mama sering mangadu tidak cukup duit. Kami pening, kalau dikira mama meraih hampir empat ribu lebih sebulan hasil dari pencen, rumah sewa di bandar, dan hasil kebun sawit (mama ku tiada rumah dan kereta yang perlu dibayar). Gaji yang aku perolehi untuk dua bulan pun, tidak mampu menandingi pendapatan mama. 

Tapi duit tersebut habis entah kemana. Beberapa hari yang lepas, kami menerima berita kehilangan sejumlah wang milik adik bongsu kami di dalam biliknya. Tapi ini bukan kali pertama! Adik bongsu ku hanya mampu menyuruh mama menggantikan duitnya sekiranya ada rezeki. Mama hanya diam membisu dan membatu seolah-olah mengiyakan perbuatan mencuri. 

Sewaktu aku mendapat pinjaman MARA aku juga terkena nasib yang sama. Habis duit ku; diberikan kepada mama untuk tujuan yang tidak jelas. Serba salah menyelubungi kami jika tidak dihulurkan sedikit. Teringat pengorbanan mama menghantar kami ke sekolah menaiki motosikal peninggalan arwah abah berpanas dan berhujan sehingga kami berjaya hari ini. Kami cuba ikhtiar bertanya kepada rakan sekerja tentang hal mama, namun masih ada manusia yang tidak berhati perut memperlekehkan mama di hadapan aku. Kami masih sayangkan mama. 

Kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan sekiranya mama terus begini dengan kami. Tidak tahu kepada siapa harus aku adukan. Suami ku sendiri sudah mula lemas dengan cerita-cerita aku tentang aktiviti mama. Aku faham apa yang suami aku rasa. Siapa tidak muak jika setiap hari mendegar cerita mama yang sudah puas dinasihati tetapi tidak mahu mendengar? Aku akur dengan suamiku.

Jangan katakan kami tidak usaha untuk sedarkan mama. Segala bukti, laman sesawang yang memberikan khidmat domain percuma, orang yang menghantar ayat-ayat manis kepada mama sudah kami utarakan ke mama. Segala betuk teguran (lisan,perbuatan dan WhatsApp) dan berkumpul untuk berbincang cara baik dengan mama sudah kami lakukan. Namun masih belum ada sinaran buat kami semua. 

Disalahkan pula kami datang dari keturunan arwah abah kami, di gelarnya kami semua sebagai anak-anak derhaka. Kami sudah membuat laporan di Jabatan Perkeso, namun kami masih teragak-agak untuk membuat laporan ke Jabatan lain, takut-takut mama kami pula dikenakan tindakan undang-undang.

Doakan kami kuat dan mama bertaubat. Semoga mama kami berubah kearah kebaikan semula seperti dahulu. Kalau ada cadangan yang membina, utarakan kepada kami. Kalau tidak, jangan di kecam mama kami. Mama tetap mama. Tiada anak yang mampu menahan orang lain memanah kata-kata buruk kepada ibu mereka.


.:.

Dua Remaja Maut Dalam Kemalangan Melibatkan 4 Buah Motosikal Dan Kereta


Awal pagi Ahad, dua remaja lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan empat motosikal dan sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban manakala tiga lagi parah. Dua remaja tersebut yang maut dikenali sebagai Muhammad Iqbal, 17 dan rakannya Nazim Tumirin, 21. 

Memetik laporan Bernama, Muhammad Iqbal dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala Nazim pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang. Tiga lagi mangsa iaitu dua penunggan motosikal dan penumpang kereta juga turut cedera parah.

Ketika kejadian, penunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban. Satu daripada empat motosikal berkenaan melanggar pintu belakang kanan sebuah Proton Gen 2 yang sedang berhenti di laluan kecemasan untuk menukar tayar yang pecah. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata: 

“Kemalangan itu menyebabkan tiga motosikal yang lain tidak dapat mengelak menyebabkan berlaku pergeseran antara satu sama lain.

“Tiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,"


.:.

"Aku Yang Mengandung, Suami Pula Yang Terlebih Sensitif Sampai Kena Marah Sikit Pun Menangis Macam Kena Pukul"


Hari ini tiba2 macam nak kongsi cerita saya isteri dan suami. Ceritanya saya dan suami keluar pergi bungkus makanan. Saya dan suami suka makan ayam, jadi suami tolong beli makan.

Sampai je dekat rumah, saya pun siap kan semua kami makan. Ada 2 ketul ayam, satu bahagian paha dan satu lagi bahagian thig, saya ambil lah yg paha. Kebetulan suami tengah oncall , jadi saya makan ayam dulu.

Lepastu tiba2 suami jerit. Dia kata kenapa ambil ayam papa, saya cakap kan ada lagi satu. Ya allah, pasal bahagian paha yg saya ambil dan saya makan, dia boleh nangis . Dekat 2 hari dia tak tegur saya, asal balik je mesti dia nak nangis tak tahu kenapa terlalu sensitif. 

Saya pelik sangat masa tu. Ada sekali tu saya membebel pasal bilik game dia berselerak. Dia menangis macam saya ni sebat, marah dia ke apa. Saya cuma cakap je... Ya allah , saya punya lah geram, sensitif dia lain macam. Haih rupa2nya alahan, perangai ibu mengandung dia dapat. 

Patut lah asyik nak badmood dan sensitif, rupanya saya disahkan mengandung 3 minggu ..patut lah lain macam je perangai dia .... saya ok je tak ada alahan atau apa, tapi suami yang lebih .. harap2 lah tak berpanjangan, jenuh saya nak pujuk dia semua ... 

Alhamdulillah rezeki allah bagi kami , setelah 6 tahun berkahwin , tak putus2 doa untuk dapat anak ... akhirnya allah kabulkan juga .. doa kan saya supaya sihat sentiasa dan juga baby sulung kami. 


.:.

Dua Jururawat Cedera Parah Pacuan Empat Roda Terbalik


Dua jururawat di Hospital Sik cedera parah selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 70.4 Lebuhraya Utara Selatan di sini.

Empat lagi pegawai perubatan cedera ringan dalam kemalangan pada pukul 7.50 pagi Ahad.

Kenderaan yang dinaiki mereka menghala ke Hospital Sultanah Bahiyah hilang kawalan kerana tayar pecah. Difahamkan, kedua jururawat terbabit mahu menjalani latihan di hospital.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad berkata: 

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.53 pagi.

"Seramai lima anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

"Tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Hospital, dengan bantuan orang awam.

"Mangsa yang lain dihantar ke hospital menggunakan ambulans,"


.:.

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 17


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters bomba di Lorong Haji Husein 2, Chow Kit, awal pagi tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5.46 pagi tadi, mangsa yang dijaga oleh datuk dan neneknya, dikatakan bangun dari tidur dan berjalan keluar ke balkoni. 

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, ibu bapa mangsa berada di Institut Jantung Negara (IJN) menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati pintu balkoni di rumah berkenaan terbuka. 

"Polis menemui dua kerusi di balkoni dipercayai digunakan oleh mangsa untuk memanjat ke atas besi penghadang sebelum terjatuh. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dipercayai tiada sebarang unsur jenayah," katanya. 

Bagi mereka yang tinggal di rumah pangsapuri/flat dinasihatkan untuk memastikan pintu balkoni sentiasa berkunci bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. - The Reporter


Sumber :VIRALMANIA

"Kau Curang Dengan Suami Kau, Keluar Dengan Lelaki Lain Ketika Masih Isteri Orang Dan Ada Hati Nak Cakap Kau Wanita Berakhlak?"


Macam ni ceritanya. Saya pegang password fb suami saya. Jarang saya nak bukak. Baru-baru ni tergerak hati nak bukak. Saya tgk noti ada org tag nama suami kat komen. Kawan perempuan. Saya tak kisah pun. Nak ajak buat reunion katanya. Masalahnya tetiba ada komen lebih kurang nanti terimbas kenangan lama la. 

Saya faham maksudnya, yang seolah-olah mereka ada kisah cinta barangkali. Saya tak kenal perempuan ni. Tapi saya pernah jumpa gambar pasport perempuan ni kat album lama suami saya. Bila tanya suami dia kata perempuan tu yg bagi. Pada saya mungkin tu kisah cinta monyet dia org kot. 

Zaman suami saya form 1-3. Sebab masa form 4 dia dah pindah ke sekolah yang semuanya lelaki. Gambar perempuan tu pun mcm zaman budak hingusan lagi. Gambar tu saya biar sampai sekarang. Kalau saya ni jenis cemburu buta, dah lama saya humban gambar tu dalam tong sampah.

Isunya sekarang, disaat dah ada life masing2 perlu ke nak komen, nak ungkit kisah lama? Ye, saya dan suami dh tak sebumbung. Sebab tu saya ignore kan aja walaupun saya boleh sound setempek. Kalau benda ni jadi kat org lain yg rumahtangganya sedang bahagia, apa akan jadi? 

Pastu nak buat reunion bagai. Sebab tu orang kata masalah rumahtangga ada yang berpunca dari reunion. Ni bunga2 la ni. Belum apa2 dah komen tentang kisah lama. Pada saya tak perlu nak buat reunion bagai. Cukup time raya, time kenduri kendara datang berziarah tanya khabar bawak anak isteri suami kenal dengan kawan2.

Berani kerat kuku lah kalau time reunion ni mesti berharap kekasih lama datang. Pastu mula nak berhias cantik2, untung2 kot kekasih lama terpandang terus tertawan kali kedua.

Awak janda ke, awak tak kawin lagi ke saya tak kisah. Tapi selagi mana awak tu wanita, tolong faham perasaan wanita lain. Ikutkan ini bukan kali pertama kawan2 perempuan suami saya menggeletis. Bini2 orang pm tanya khabar.

Kenapa ye? Tak perlu nak pertikai isu kawan2 sekolah lama. Ni dalam Islam sendiri melarang benda2 macam ni antara lelaki dan perempuan. Suami saya pun sama naik miangnya. Jenis melayan. Sebab tu sampai sekarang tak ingat anak isteri kat rumah.

Itu belum masa saya dalam wad nak melahirkan anak sulung terbaca pm mesra kat fb dengan kawan perempuan bujang zaman sekolah. Bahasakan diri pakwe makwe. Pakwe sihat? Makwe dah makan? Dah kenapa dia orang ni? Fitrah perempuan ni malu lebih dari lelaki. Malu tu sebahagian dari lebih 60 cabang iman. 

Jadi tolong beriman sikit la ye wahai perempuan. Dah tahu lelaki ni ada jenis gatal walaupun luar nampak pendiam, awak jangan terikut menggatal sekali. Malu tahu tak kalau orang gelar kita ni perempuan gatal, perempuan miang, perempuan terdesak. Ramai-ramai lelaki bujang, lelaki duda, suami orang jugak awak nak tunjuk miang, nak bagi hint bagai. Awak dah kenapa? 

Nasib baik saya ni rasional lagi tak terus komen sebab nak jaga aib. Kalau saya sound setempek maunya awak malu sebab kawan2 awak semua baca. Saya cuma confess kat sini ja. Kalau awak ada terbaca confession ni, satu je saya nak pesan. Jadi perempuan kena extra jaga maruah diri.

Ni termasuk isteri orang yang bernama Siti, yang tergila-gilakan suami saya. Sama naik je la dia orang ni. Laki perempuan sama miang. Tepuk sebelah tangan, ada bunyi ke??? Unless kau tepuk kat meja. Kau nak sangat, kau bole ambik ja suami aku. Dah berbagai cara aku cuba pertahankan sehingga lah kini aku dah redha. 

10 tahun aku hidup dengan suami aku, aku tahu kekurangan dia kat mana yang sekarang ni bila aku cakap, dia tuduh aku hina dia. Bagitau kekurangan pun terasa dihina ke? Bertahun2 aku pendam kekurangan dia, tak pernah pun aku terfikir nak curang dengan dia. Sebab aku berkahwin untuk membina bahagia. Apa2 kekurangan aku terima asalkan jangan menyakiti hati aku. 

Tapi yang aku pelik sampai sekarang tak nak lepaskan aku. Dah kenapa? Kalau lepaskan aku banyak kemudahan aku akan dapat. Brim aku dapat, rumah mesra rakyat aku bole mohon. Sebab gaji aku cuma RM3k lebih ja. Masih memenuhi syarat nak mohon BRIM dan mohon rumah mesra rakyat. Dengan title ibu tunggal aku bole dapat kemudahan tu. Kenapa tak nak lepaskan aku? 

Nak tunggu aku tuntut fasakh supaya orang nampak aku yang nak bercerai sebenarnya kan??? Bijak kau wahai suami ku. Kau biar aku nampak salah supaya dapat tutup bukti kecurangan kau.

Dan Siti, lepas ni kalau aku bercerai dan confirm kau kawin dgn dia, kemudian korang bercerai, memang aku gelak kat belakang berguling-guling. Sebab aku tahu kat mana kekurangan suami aku. Dan kekurangan suami aku ni kalau isteri tak berlapang dada, memang makan hati. Silap2, kau curang kat belakang dia macam mana kau curang dengan suami kau sekarang ni. Jadi masa tu agaknya kafarah buat suami aku la ni kot sebab pernah curang dengan aku.

Kalau suami aku tertarik dengan kau, nak kata kau ada rupa, biasa2 ja. Sebab kau kurus, kau pandai bergaya. Kau tak pernah beranak walaupun dah bertahun kau berkahwin dengan suami kau. Aku tak nak kata aku cantik ke apa. Nanti riak. 

Aku cuma gemuk sebab dua kali aku melahirkan anak secara pembedahan. Nak kurus macam zaman takda anak aku perlu usaha lebih. Aku bukan tak nak bergaya. Tapi baju yang bergaya macam kau pakai tu semuanya nampak susuk badan. Aku lebih memilih bergaya cara aku. 

Pakai tudung bawal tutup dada, pakai baju longgar2. Suami aku nak cari yang suara lemah lembut? Aku dulu masa tak da anak pun lemah lembut. Tapi sejak ada anak memang aku terjerit2 lah sebab letih urus anak2. Suami aku nak cari yang berakhlak? Aku tak tahu la aku ni berakhlak ke tidak. Tapi aku mak ayah aku didik aku sebaiknya supaya sentiasa jaga batas pergaulan. 

Dan memang aku jaga sehingga kini walaupun suami aku tak pedulikan aku. Kau curang dengan suami kau, keluar dengan lelaki lain saat bergelar isteri orang, masih nak kira wanita berakhlak ke? Tanyalah diri sendiri.

Bagaimana mudah aku redha? Sebab aku yakin Allah ada. Aku yakin dengan balasan Allah Taala.

Allah uji aku sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Korang berdua memang pasangan serasi. Kau isteri yang curang, suami aku suami yang curang. Pastikan bila korang dah kawin nanti, korang bahagia hingga akhir hayat. 

Kalau korang bercerai, memang aku gelak jahat kat belakang. Sebab apa yang korang buat kat aku Allah dah balas cash masa kat dunia. Sekian.


.:.

"Memang Benar Apa Orang Kata, Lepas 10 Tahun Bersusah Senang Ini Balasan Suami Pada Saya.."


Suamiku curang...

Lepas 10thun bersusah senang. .akhirnya ini balasan suami pda saya..kmi mempunyai ank 4 org..yg paling kecil berusia 7bulan..suami sdri mengaku dia ada ppuan lain dan mereka pernah berzina. .hati istri mna yg x sakit,sesak dada ini..pengorbanan saya selma ini x d hargai..

selepas bersusah payah melahirkan ank untuk dia..saya pernah wasap ppuan itu dan meminta untuk lupakan suami saya..dan ppuan itu minta maaf atas kesilapan mereka..saya ingat dia ikhlas dengan minta maaf dengan saya ternyata x...ppuan itu berpelajaran. .baru lepasan U..

Saya ni hya perempuan biasa hanya tahu mengurus rumah tangga dan ank2,hya dduk d rumah..suami bercinta dengan ppuan itu dengan alasan ppuan itu byk membantu beliau d tmpt kerja kerana ppuan itu kerani tmpt dia berkerja,suami jg kerja agak jauh dan jarang pulang. .saya menanti suami d rumah tiap hari dengan harapan rezeki kmi bertambah dengan pekerjaan beliau...

Saya ni orgnya agak pendiam,penyabar dan x lah pendendam..suami tahu perangai saya..akhirnya suami ambl kesempatan atas dri saya ...suami kata saya patut bersyukur sebab dia bgtau pasal hubungan mereka itu dan mereka berzina..huhu..

Hanya Allah sebaik2 tmpt mengadu,tikar sembahyang menjdi saksi tangisan saya tiap hari..ank2 penguat semangat. .family saya jauh dri saya dan saya mualaf. .saya masuk islam kerana berkahwin dengan suami..tp lepas kahwin saya sedaya upaya belajar tentang islam.

Islam itu indah..ckup indah bila Allah x pernah tinggalkan saya bila org mula lupakan saya..x sekali pun suami pernah imamkan saya..saya ikt kursus agama sdri..dan belajar agama islam dengan kwn2 mualaf yg lain d kelas agama..saya sedih bila dia pulang dri kerja dia bt seperti biasa..sprti x ada apa2 yg berlaku d antara kmi..dan sekarang mereka masih menjalinkan hubungan. .dan zina itu berterusan...

Moga Allah permudahkan kepergian saya dan ank2..saya sdah hilang kepercayaan dengan suami..moga cerita ini dpat tenang kan sdkit pilu d hati ini..

Tq admin...saya sertakan gambar wasap antara saya dengan ppuan itu..dan wasap suami dan ppuan itu...






.:.

"Atuk" Perdaya Ibu Dan Anak Ugut Dan Sebar Gambar Bogel


Padah terlalu mempercayai kenalan menerusi Facebook, seorang remaja dengan mudahnya diperdaya untuk mengirimkan gambar bogelnya.

Memetik mStar Online, seorang kenalan lelaki yang sudah dianggap Ann, 13, sebagai datuknya sendiri memperdaya dan menganiaya remaja terbabit untuk meghantar gambar bogel menerusi laman sosial itu.

Ann dan ibunya, May, 43, mengenali 'H' sejak dua tahun lalu, namun mereka tidak pernah bersua muka.

Februari lalu, selepas H berjaya memperdaya Ann, dia kemudiannya mendesak remaja itu untuk mengirimkan gambar bogel ibunya pula.

Berang dengan perlakuan lelaki itu, May bagaimanapun tidak mampu berbuat apa-apa kerana H mengancam akan menyebarkan gambar bogel Ann.

Takut dengan gertakan itu, May terpaksa meminta anaknya mengambil gambarnya ketika mandi, lalu dihantar kepada H. Untuk 'menutup mulut' H, May membayar RM2,590 kepada lelaki itu.

Harapan May agar ancama itu dihentikan bagaimanapun tinggal harapan kerana aplikasi WhatsApp dan Facebooknya mula dibanjiri gangguan pengguna lain.

"Mereka ada gambar bogel saya dan anak perempuan saya. Mereka mengancam untuk menculik dan rogol dia atau bunuh saya sekiranya saya tidak mahu mengadakan hubungan seks dengan mereka.

"Malah mereka mengancam untuk mendedahkan gambar-gambar kami kepada ibu saya," katanya.

Tambahnya, sejak dua bulan lalu May menerima banyak gambar lucah, mesej berbaur ancaman dan peras ugut.

Tidak tahan dengan semua itu, May mendapatkan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang kemudiannya membawa mereka membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Menurut Fuziah, insiden itu membabitkan seksual kanak-kanak semakin berleluasa dan Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang baharu sahaja diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


.:.

Budah 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kuarters Bomba


Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, kira-kira jam 5.46 pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, dalam kejadian pagi itu, mangsa dijaga datuk dan neneknya sementara ibu bapanya menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipercayai terjatuh ketika memanjat kerusi di balkoni kediaman mereka dan meninggal sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman yang mengesahkan kejadian berkata pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian mendapati pintu pada balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.

"Ada dua kerusi di balkoni, dipercayai digunakan mangsa untuk memanjat besi sebelum terjatuh. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.


.:.

Netizen Kritik Pengacara GGV 2, Persembahan Azmi Caliph Busker Dan Hijjaz Memukau Penonton Dan Juri Sehingga Mengalir Air Mata


Program realiti Gema Gegar Vaganza 2017 yang disertai oleh penyanyi lagenda nasyid tanah air kini berada di minggu kedua pada Sabtu.

Persembahan memukau dari Azmi Caliph Buskers yang menyampaikan lagu Redha mendapat pujian dari juri. Selain itu persembahan dari Hijjaz juga yang menyanyikan lagu Sri Kandi Cintaku mengikut gaya mereka tersendiri nyata membuahkan hasil apabila juri juga memuji persembahan Hijjaz pada minggu ini.

Pada minggu ke dua ini Bienda tersingkir dari GGV setelah gagal mempersembahkan lagu Sejati nyanyian Faisal Tahir dengan baik. 

Sekali lagi pada minggu ke dua, Gema Gegar Vaganza turut mencipta kontroversi baru apabila ramai netizen dan peminat rata-rata agak rimas apabila Achey menjadi pengacara. Netizen menganggap pemilihan Achey tidak sesuai malah membuat lawak pun seperti tidak kena tempat selain menggunakan bahasa yang "Aku, Kau" dengan peserta yang dianggap kurang sopan oleh netizen. 

Bising, Bingit, Hambar Dan Kurang Sopan

Niat Achey mungkin untuk memeriahkan suasana supaya tidak terlalu formal tetapi percubaannya itu gagal apabila menjadi kritikan netizen. 





Persembahan Hebat Azmi Dan Hijjaz



.:.

Ini Respon Balas Joey Apabila Joras Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2017

Ini Respon Balas Joey Apabila Joras Tersingkir Di Maharaja Lawak Mega 2017


Joras telah mengejutkan ramai apabila tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2017 Jumaat yang lalu.

Sememangnya lawak Joras agak kurang menjadi malah terdapat unsur lawak double meaning yang membuatkan ada censored terpaksa dibuat oleh Astro.

Lawak melampau yang tidak di sukai ramai ini akhirnya memakan diri, apabila mereka tersingkir di minggu ke-9.

Ini kenyataan dari pihak Joras secara rasmi:

"Perjalanan Joras terhenti di sini. Terima kasih buat semua yang mengundi Joras. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. 

"Maafkan Joras sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa buat peminat. Ada masa Joras akan perform lagi. Terima kasih sekali lagi.

Ini pula kata-kata dari Joey apabila tersingkir:

"Tak semua perfect ada turun naik. Kalau dah suka buat apa pun suka, kalau tak suka buat apa pun tak suka"

Apapun rata-rata menyalahkan lawak double meaning Syuk yang dikatakan punca kumpula ini tersingkir.

Ini antara komen panas dari penonton (BACA SINI)

Sememangnya ramai berpendapat jika tiada lawak unsur otak kuning seperti itu, Joras mampu mendapat top 3 dala MLM2017 pada tahun ini.

Sumber :Berita Memey

'Kerana mak mertua, saya diceraikan suami ketika hamil 3 bulan'



Saya saja nak kongsi cerita tentang mak mertua ini. Sebelum ini saya berstatus janda anak dua. Dulu saya bercerai dan kebanyakan puncanya dari mertua. Bekas suami saya anak bongsu, dari cerita zaman dia bujang memang cukup perhatian dari mak dia. Apa yang dia nak, kalau bapak dia tak bagi, mak dia akan usahakan kemahuan dia. 

Bermulanya cerita apabila kami baru berkahwin. Mak dia jatuh sakit yang tak boleh nak buat apa-apa. Suami saya minta saya berhenti kerja dan jaga mak dia. Mula-mula saya tak nak sebab saya ada komitmen dengan hutang bank. Disebabkan menanti lain tak nak mengalah, akhirnya saya yang mengalah juga sebab baru jadi menantu keluarga itu. 

Saya jaga sampai mak mertua saya dapat bangun seperti sebelum ini. Dipendekkan cerita, bila dia dah sihat, dia seolah-olah melupakan jasa saya. Dia banyak melebihkan menantu yang seorang lagi sebeb menantu itu selalu belikan dia handbag, ajak berjalan, pergi karaoke.

Saya memang tidak pernah belikan apa-apa sebab saya tak kerja dan suami tanggung komitmen saya. Banyak lagi benda yang mak mertua buat puada saya tetapi tak pernah masak muka dan luah pada sesiapa pun kerana tak ada kawan terdekat. Zaman itu masih belum wujud aplikasi WhatsApp. Jadi kredit agak terhad untuk menghubungi kawan-kawan. 


Satu hari itu saya pergi ke kampung mertua. Masa saya lalu di depan biliknya, terdengar perbualannya dengan anaknya yang entah mana satu. Tetapi ayat yang saya dapat dengar dengan jelas,

"Ada tu ha, tengah tengok tv. Bla.. bla.. bla.. Dah tahu hutang banyak, tak nak kerja. Malaslah mak belikan apa-apa. Nanti makin minta-minta pula."

Dari situlah sifat dendam saya membuak-buak. Daripada saya tak pernah fikir apa-apa tentang mak mertua selama ini, even saya terasa. Sejak dengar perbualannya itu, saya terus rasa benci sangat-sangat. 

Saya nak sambung kerja selepas mertua sihat. Tetapi suami tak bagi dan suruh jaga anak sahaja. Sejak kejadian itulah saya dan suami kerap bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Makin lama, mungkin suami sudah tidak tahan dengan sikap saya, dia terlepas cakap macam-macam. Yang dia terlepas cakap itu semua hasutan dari mak dia. 

Dengar rasa terlalu marah macam dirasuk syaitan, saya bertekak sehabis-habisnya dengan suami sampai dia tumbuk muka saya dan lafazkan talak ketika saya mengandung anak kedua di usia 3 bulan. 

Saya hidup menjanda selama tiga tahun. Keinginan nak ada suami itu ada tetapi saya tak nak yang ada mak. Rata-rata lelaki yang saya kenal semuanya masih ada mak lagi. Rasa fobia yang masih menebal, saya sanggup putuskan hubung walaupun saya dah suka sangat dengan lelaki itu. Tak putus-putus saya berdoa agar mendapat jodoh yang saya inginkan. Maka saya kenal suami baru saya ini dan saya tahu dia masih ada mak lagi. Tapi tak tahulah kenapa instinct saya kuat nak kenal dengan suami sekarang. 

Dipendekkan cerita, kami berkahwin dan suami jarakkan saya dengan mak dia sebab tak nak bagi rasa fobia saya muncul semula. Hampir setahun suami tak bawa balik rumah mertua dan mertua pun tak datang ke rumah kami. Cuma berhubung melalui telefon sahaja. Akhirnya saya sendiri ajak mertua datang ke rumah kami yang kebetulan dia ada di rumah anak lain tak jauh dari rumah kami. 

Seminggu sahaja mertua berada di rumah kami, mungkin tak selesa dengan layanan saya agaknya. Yelah, saya layan pun ala kadar sebab saya takut nak berbaik-baik dengan mak mertua ini. Malam terakhir dia duduk di rumah, suami tak ada di rumah. Jadi tinggal kami berdua. Mak mertua mulakan cerita kisah-kisah lama dia sampailah dia dibenci dengan mak mertua. Cerita dia lebih kurang sama dengan saya, bezanya dia tak bercerai.

Jadi, jari situlah saya mula selesa dengan dia dan bercerita tentang hal saya dulu. Rupanya mak mertua saya dah tahu sikit-sikit cerita saya, sebab itu dia tak terasa apa yang saya buat pada dia. Dia bagi saya ruang untuk hilangkan rasa fobia itu. Allah. 

Malam itu kami sama-sama berlinangan air mata mengenangkan kisah lama dan dosa saya pada dia. Dia cuma pesan pada saya,


"Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati. Sebab nanti kita pun akan terasa hati dengan sikap menantu. Jangankan kata menantu, anak kita sendiri pun ada buat kita terasa, kan? Lagi pula anak sendiri ada meninggi suara dengan kita kadang-kadang sebab memberontak. 

"Kalau dah mula terasa hati dengan menantu, cepat-cepat jauhkan jarak supaya yang busuk itu tak menjadi lebih busuk. Mak cukup takut nak buat menantu terasa sebab mak dah lalui," katanya. 

Sejak dari itulah saya dengan mak mertua cukup rapat. Alhamdulillah atas ujian yang Allah bagi. 


Sumber :VIRALMANIA

"Kalau Adik Tengah Makan Kat Dapur, Siapa Pula Yang Aku Ambil Dari Sekolah Tadi?"


Salam semua. Masa ni aku diploma dan tinggai di hostel. Mak abah aku pi umrah. Jadi adik-adik aku tinggai di rumah dengan maid je. Mak aku pesan, kalau weekend balik lah tengok adik-adik. 

Jadi weekend tersebut aku pun balik lah, dengan member aku sorang. Malam tu adik bongsu aku ada tusyen di sekolah dia. Biasanya mak atau abah aku yang akan hantaq and amik dia tapi malam tu aku lah kena hantaq and amik memandangkan aku je yang boleh drive dalam rumah tu masa tu.

Mak aku ada call siang tu, borak sikit and tanya khabar. Mak pesan jangan lupa amik adik, 10 atau 15 minit sebelum habis tusyen tu pi lah. Aku pun “ha ye mak. Come on. Takkan lah lupa”. Mak kata mak cuma pesan je. Tusyen start pukoi 8.00pm sampai 10.00pm. 

Aku pun hantaq lah dia then balik rumah. Balik tu aku pun makan dengan member aku. Then dalam pukoi 9.00pm kami dok layan tv je memandangkan takda apa nak buat. Maid aku macam biasa, dia memang tidoq awai. Dalam 9.30pm++ dia dah masuk bilik.

Nak jadi cerita, best pulak movie malam tu. Tengah kami dok hingaq gelak-gelak, tetiba aku rasa semacam. Nak kata lapaq, dah makan tadi. Aku pun tengok jam. Rupanya dah pukoi 10.10pm baq hang. Aku pun apa lagi, terus bergegas turun amik kunci kereta and pi teruih. Habis semua bonggoi aku langgaq. 

Terbang segala benda dalam kereta tu. Aku dah fikir macam-macam dalam kereta kot sambil mulut dok “mati lah aku, mati lah aku”. Kalau apa-apa jadi kat adik aku memang aku takkan maafkan diri sendiri. Dah lah dia perempuan. Aku teruih teringat mak aku pesan siang tadi.

Sampai je kat sekolah, aku tengok semua dah gelap. Yang bercahaya hanya pondok pakcik guard. Lagi lah aku sumpah seranah diri sendiri. Awatlah boleh lupa. Mana adik aku ni? Handphone dah lah tinggai. 

Lagu mana nak tau adik aku dah ada rumah ke belum. Aku tunggu lah dalam 5-10 minit dengan harapan dia buat kerja gila main sorok-sorok sambil nak sedapkan hati sendiri. Tapi takda. Adik aku tak keluaq.

Aku pun teruih pecut balik rumah dengan harapan lain. Harapan yang dia dah balik. Sampai rumah aku nampak kasut dia. Bukak je pintu aku teruih jerit “adikkkk!!!”. dia pun balas, “ngahhh!!!”. Dah macam drama. Cuma aku tak peluk lah sebab aku memang jenis awkward nak manja-manja. 

Tapi dalam hati aku ni memang nak peluk cium dia dah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia selamat balik rumah dah. dia kata dia tumpang member dia sebab mak member dia risau tengok dia sorang-sorang. Ada selisih tapi aku tak perasan sebab aku tengah fokus 200% pemanduan aku nak sampai sekolah. Aku pesan kat dia jangan bagi tau mak abah. Haha. Tang ni bukan adik hantu, tapi aku yang hantu.

Masa ni pulak adik bongsu aku dah besaq sikit. Aku pun dah habis diploma, dok buat degree pulak. Mak abah aku outstation. Kebetulan aku cuti midsem minggu tu so aku balik rumah. Adik aku ada kelas tambahan. Malam jugak. 

Cerita lebih kurang sama, tapi lain. Aku hantaq dia pi sekolah. dia kata dia habis kelas 9.30pm. Aku okay je, nanti aku mai amik. Nak tunggu 9.30pm tu aku pun main lah game. Memang perangai sedikit bebai, aku pun terlupa pasai adik aku.

Bila dah 9.35pm, aku baru teringat pasai adik aku. Macam biasa aku kalut lah naik kereta nak pi sekolah dia. Sampai je sekolah semua dah gelap jugak. Mampuih. Mana adik aku. Tetiba aku nampak adik aku duduk sorang-sorang kat kantin sekolah. Aku pun lega lah. Terus panggil dia. dia pun naik and diam je. Aku mintak maaf lah sebab lewat amik dia. dia “hmm” je. Mungkin marah kot. Aku buat cool je lah.

Sampai rumah dia diam. Aku pulak nak marah. At least aku amik kot, kata aku dalam hati. Haha. Padahai kalut jugak sebab lambat. Aku buat bodoh je lah. Nak masuk rumah aku rasa macam ada something wrong. Awat macam kenai kasut ni. 

Bukan kasut adik aku ke? Bila aku tengok kat kereta adik aku ada dalam kereta lagi. Then aku fikir dia pakai kasut lain lah kot. Bukan ada satu je kasut dia. Tapi marah betui dia dekat aku sampai taknak keluar kereta lagi.

Aku pun masuk rumah. Tetiba aku nampak adik aku tengah makan. Aku cuba telan air liur tapi tersekat. dia tanya aku pi mana, awat tak amik dia. Aku menggigil. Aku pun jawab dengan soalan bila dia balik, dengan siapa. dia jawab, tadi lah dengan kawan adik. dia kata aku lambat. Aku terkejut namatey. Kesyaitonan apa yang dah jadi ni. Aku pi jenguk kereta balik. Takda siapa. Aku ulang, takda siapa. Aku terus tutup pintu and naik masuk bilik.

Esok tu mak abah aku balik. Aku demam. Aku kata kat mak aku tak mau amik siapa-siapa lagi dah. Mak aku tanya-tanya aku tapi aku hanya jawab “no comment”. Biaq pi lah mak aku nak fikir aku ni artis ke apa. Setiap kali aku teringat peristiwa tu mesti aku meremang. Even sampai sekarang pun. Memang tak boleh lupa lah.

So kat sini aku nak pesan, kalau ada janji nak amik adik-adik or anak-anak or siapa-siapa pun, jangan lah lambat. Bahaya untuk depa dan diri sendiri. Nak nak di zaman it zaman teknologi ni. Aku memang menyesai sampai sekarang kot.


.:.

Cerita sebenar: Ibu mengamuk kerana kaki anaknya dipijak


HANGZHOU, CHINA - Seorang ibu gagal mengawal kemarahan dan hampir menyerang seorang kanak-kanak perempuan yang terpijak kaki anaknya. 

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu di mana pasangan berkenaan membawa anak lelaki mereka bermain di pusat hiburan kanak-kanak. 

Ketika anak lelaki mereka bermain, seorang kanak-kanak perempuan berbaju merah jambu secara tidak sengaja terpijaknya dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu anak kecil itu.

Kanak-kanak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun ibunya berang dan menuntut kanak-kanak perempuan itu memohon maaf. 


Rakaman video kejadian itu kini viral di media sosial menunjukkan si ibu meminta anaknya memohon maaf kepada wanita berkenaan serta meminta maaf bagi pihak anaknya.  Malangnya wanita itu menuntut kanak-kanak perempuan itu memohon maaf di depan anak lelakinya. 

Si suami cuba meminta isterinya bertenang, tetapi masih enggan beralah dan semakin meninggikan suaranya sehingga menyebabkan anak mereka menangis. 

Sementara itu, kanak-kanak perempuan berkenaan memeluk ibunya dan tidak mengucapkan sepatah kata. Berang melihat keengganannya untuk meminta maaf, wanita itu terus menarik dan memaksa kanak-kanak itu untuk meminta maaf sebelum ditarik oleh suami dan saudaranya. 

Kejadian bertambah buruk apabila wanita itu mula menyerang seorang wanita di belakangnya.

Di media sosial, netizen masih tidak memahami mengapa wanita itu bertindak secara melampau hanya kerana insiden kecil yang menimpa anaknya, yang tidak melibatkan sebarang kecederaan. - The Reporter


Sumber :VIRALMANIA

Putus Tangan Akibat Hutang


Seorang lelaki parah ditetak pada lengan kirinya dipercayai kerana masalah hutang. Kejadian berlaku di Bagan Jermal, Butterworth. 

Suspek yang berusia 50 tahun dikatakan datang ke rumah mangsa untuk membincangkan masalah hutang mereka. Sebaliknya berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa yang berusia 42 tahun. 

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata: 

"Suspek dikatakan menetak lengan kiri mangsa hingga hampir putus menggunakan golok.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu, tangan kiri mangsa tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong,"

Suspek ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan setelah menerima laporan daripada adik mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.


.:.

"Lelaki Biasanya Tak Pandang Gadis Gelap Dan Berjerawat, Tapi Ada Ciri-Ciri Suri Rumah Yang Baik..Semua Nak Cari Yang Cantik Je"


Selalu kita baca penulisan tentang perempuan zaman sekarang ni cantik tapi pemalas, pengotor, kaki pukul, mencarut dan macam2 lagi perangai buruk mereka.

Jadi sekarang aku nak tulis pulak tentang adik ipar aku pulak. Macam tajuk. Dia memang sempoi. Aku dah kahwin. Baru 1 tahun setengah. Bini aku ni ada 6 orang adik beradik. Bini aku anak ke3 dan adik ipar yang aku nak ceritakan ni anak ke4. Adik ipar aku ni perempuan. Aku bagi nama dia siti lah senang. Umur dah 26 tahun. 

Memang tak kahwin lagi dan duduk berdua dengan mak mertua aku. Bapak mertua aku dah meninggal. Adik beradik lain semua duduk asing. Ada yang bekerja jauh, ada tinggal ikut suami, ada yang belajar jauh. Kadang2 je balik. Bini aku dan aku pulak dalam sebulan skali ada balik jenguk mak mertua aku ni.

Aku bukannya nak puji sangat si siti ni, tapi cuma nak bagitau yang insya Allah, beruntung lelaki yang beristerikan dia. Bukan bermaksud aku yang suka. Bini aku takda yang kurang jugak. Dalam adik bradik dorang yg perempuan ni, bagi aku sebagai lelaki normal yang sukakan kecantikan jugak, siti ni yang paling kurang menonjol. Sebab dia ni berjerawat dan gelap sikit.

Adik ipar aku yang bongsu pada masa ni dalam planning nak kahwin. Ye, langkah bendul si siti ni. Mula2 mak mertua dan ipar2 aku tak benarkan. Tak nak ada yang langkah bendul dalam keluarga. Sampai siti selalu disebut2 untuk kahwin dulu. 

Mula2 siti ni cakap takda calon lagi. Lepas tu dia bagitau lagi, dia tak nak fikir kahwin dulu. Masih nak jadi bujang dan jaga mak mertua buat masa ni. Bini aku cakap, adik aku ni tengah tunggu orang. Tapi orang tu mungkin tak sedia nak masuk meminang lagi.

Pernah ipar2 aku ni cakap tak benarkan adik bongsu dorang kahwin selagi siti tak kahwin. Sampai panas dalam group whatsap family berbincang. Siti cakap jangan stresskan dia dengan topik tu. Elok2 dah dia masih bujang tak pikir apa, tapi bila dipaksa2 jadi tertekan. Aku setuju jugak. Tapi aku diamkan ja sebab tak nak campur urusan dorang.

So.. Kenapa aku cakap siti ni sempoi? Yang pertama. Sebab dia ni suka memasak. Kalau ada ahli keluarga sebut terasa nak makan apa, dia turun dapur. Aku? Tumpang makan skali. 

Yang kedua. Dia ni suka aktiviti lasak. Suka hiking. Jungle tracking. Travel. Pernah kitorang 2 laki bini ikut siti ni pergi jungle tracking. Kitorang semput abis tapi dia still maintain. Dah biasa kot. 

Ketiga. Siti ni paling disukai oleh anak2 buah dia. Yela, slalu buat makanan untuk dorang & slalu ada d rumah dengan mertua.

Keempat, aku rasa dia ni jenis yang tak kedekut. Sebab dalam group keluarga, bila ada yang perlukan duit, dia mudah je hulur. Mungkin sebab dia single lagi & xda komitmen kot. So duit gaji tak tau nak tabur pada siapa. 

Kelima. Duit tak tau nak tabur pada siapa? Abis dia tak shopping ke? Mesti ada yang tak percaya kan. Siti ni bukan jenis branded girl. Bila adik bradik perempuan bercerita, aku ada jugak pasang telinga dari bilik, trend sekarang suka beli barang online.

Bini aku memang hantu online shopping. Hampir tiap minggu ada 2 3 bungkusan sampai. Kadang2 aku tegur jugak, tapi nak buat macam mana, dah dia suka. Lagipun dia shopping pun ada guna duit sendiri jugak. Kasut jalan siti ni aku tengok yang sama je. kasut getah made in china. Bila adik beradik bercerita dorang beli pakaian dari butik sekian2, dia cakap dia tak pernah beli dari butik camtu. Tak tau la barang apa yang dia pernah beli. Tapi stakat yang aku tau macam tu la.

Keenam. Siti ni jenis bangun awal jugak kalau nak banding dengan cerita korang pasal anak dara pemalas. Aku & bini aku kan balik pada hari dihujung minggu. Pukul 5 lebih dah dengar bunyi2 diluar bilik. Mgkin sebab dah biasa waktu bangun kerja dia kot. 

Ketujuh. Siti sempoi ni, bukan jenis tergedik2. Macam mana aku tau? Tengok dari cara cakap & perbuatan la. Bila aku ada kat rumah mertua pun dia sempoi ja pakai baju tidur yang menutup aurat dengan masker kat muka. Bermasker bagai maksudnya dia tak abaikan terus muka berjerawat & gelap tu. Dia ada usaha nak cantik jugak la walaupun aku tengok macam takde perubahan je. Haha. Cara cakap pun takde bunyi2 gedik.

Alhamdulillah, mertua aku berjaya didik anak2 dia sampai aku tabik dengan hubungan keluarga dorang. Semuanya pun jenis jaga solat, baca quran. Tapi tak semestinya aku cerita macam perfect je perangai si siti ni. Mungkin ada kekurangannya jugak yang aku tak tau.

Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, zaman sekarang ni susah dah nak cari gadis yang menepati ciri2 surirumah yang baik. Tapi tak semestinya mereka ni dah pupus. Masih ada banyak di luar sana, tetapi lelaki macam kita ni selalunya tak pandang pun hanya sebab kita kurang tertarik dengan fizikal dia. Perempuan macam ni selalunya tersorok daripada masyarakat.

Yang kita suka selalunya yang cantik & dikejar2 orang. Aku mengaku. Sebab tu bini aku cantik. Hahaha. Aku mintak admin jangan bagi orang contact cakap nak kat adik ipar aku tu. Sebab aku bukan nak promote dia. Nanti bini aku tau aku cakap pasal adik dia, jadi janggal situasi kitorang nanti. Ok tu je. Terima kasih.


.:.

Pengunjung Muzium Calar Kereta Mewah Lamborghini Gallardo. Dah Kenapa?


Perasaan apabila kereta dicalar atau tercalar ibarat hati dihiris pisau. Sudah pasti akan menimbulakan rasa marah terhadap diri sendiri atau sesiapa saja yang mencalarkan kerete kita. 

Tetapi lain halnya pula di satu muzium di Denmark. Sebuah muzium ARos Aarhus Kunstmuseum ini membenarkan setiap pengunjung mereka untuk mecalarkan sebuah kereta mewah buatan Itali iaitu Lamborghini Gallardo. 

Sebagai sebahgian daripada pameran dalam muzium berkenaan, seni kesan calar daripada orang ramai pada badan kereta mewah itu juga dianggap sebagai satu seni yang sangat bernilai. 

Menariknya, seni pada badan kereta itu kini berharga lebih mahal daripada kereta Lamborghini itu sendiri.


.:.