Thursday, July 6, 2017

Makanan Percuma Untuk Ibu2 Mengandung


KUALA LUMPUR - Gembira hajatnya dimakbulkan, seorang pengusaha restoran bermurah hati menawarkan hidangan percuma kepada golongan wanita hamil selama sebulan, lapor Malay Mail Online

Asseek Ali Mohamed Iqbal, 36, berkata, beliau berbuat demikian sebagai 'bayaran' nazar selepas isterinya, Jasmine Abdul Razak, 28, disahkan hamil selepas berdoa di Mekah. 

Difahamkan, pasangan berkenaan juga telah menanti zuriat selama tujuh tahun. 

"Seperti yang kita tahu, ibu mengandung mempunyai keinginan yang tinggi atau mengidam bermacam-macam jenis makanan. 

"Adakalanya mereka tidak mampu, dengan adanya makanan percuma di restoran saya, mereka berpeluang makan apa sahaja secara percuma setiap Isnin hingga Ahad bermula 7.30 pagi hingga 8 malam, selama sebulan," katanya. 

Baiknya tuan kedai nak bagi makanan percuma hanya untuk ibu-ibu mengandung selama 1 bulan. Katanya, pesan apa saja yang...

Pemuda dari Sabak Bernam, Selangor itu berkata, selepas tiga bulan kembali dari tanah suci, isterinya disahkan berbadan dua dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya matam ereka. 

"Apa yang diberikan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Tidak salah saya berkongsi rezeki," katanya. 


No comments:

Post a Comment