Sunday, April 16, 2017

"Atuk" Perdaya Ibu Dan Anak Ugut Dan Sebar Gambar Bogel


Padah terlalu mempercayai kenalan menerusi Facebook, seorang remaja dengan mudahnya diperdaya untuk mengirimkan gambar bogelnya.

Memetik mStar Online, seorang kenalan lelaki yang sudah dianggap Ann, 13, sebagai datuknya sendiri memperdaya dan menganiaya remaja terbabit untuk meghantar gambar bogel menerusi laman sosial itu.

Ann dan ibunya, May, 43, mengenali 'H' sejak dua tahun lalu, namun mereka tidak pernah bersua muka.

Februari lalu, selepas H berjaya memperdaya Ann, dia kemudiannya mendesak remaja itu untuk mengirimkan gambar bogel ibunya pula.

Berang dengan perlakuan lelaki itu, May bagaimanapun tidak mampu berbuat apa-apa kerana H mengancam akan menyebarkan gambar bogel Ann.

Takut dengan gertakan itu, May terpaksa meminta anaknya mengambil gambarnya ketika mandi, lalu dihantar kepada H. Untuk 'menutup mulut' H, May membayar RM2,590 kepada lelaki itu.

Harapan May agar ancama itu dihentikan bagaimanapun tinggal harapan kerana aplikasi WhatsApp dan Facebooknya mula dibanjiri gangguan pengguna lain.

"Mereka ada gambar bogel saya dan anak perempuan saya. Mereka mengancam untuk menculik dan rogol dia atau bunuh saya sekiranya saya tidak mahu mengadakan hubungan seks dengan mereka.

"Malah mereka mengancam untuk mendedahkan gambar-gambar kami kepada ibu saya," katanya.

Tambahnya, sejak dua bulan lalu May menerima banyak gambar lucah, mesej berbaur ancaman dan peras ugut.

Tidak tahan dengan semua itu, May mendapatkan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang kemudiannya membawa mereka membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Menurut Fuziah, insiden itu membabitkan seksual kanak-kanak semakin berleluasa dan Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang baharu sahaja diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


.:.

No comments:

Post a Comment