Sunday, April 16, 2017

Budah 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kuarters Bomba


Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, kira-kira jam 5.46 pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, dalam kejadian pagi itu, mangsa dijaga datuk dan neneknya sementara ibu bapanya menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipercayai terjatuh ketika memanjat kerusi di balkoni kediaman mereka dan meninggal sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman yang mengesahkan kejadian berkata pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian mendapati pintu pada balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.

"Ada dua kerusi di balkoni, dipercayai digunakan mangsa untuk memanjat besi sebelum terjatuh. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.


.:.

No comments:

Post a Comment