Wednesday, April 5, 2017

Video Wanita Singapura Naik Angin Ditonton Hampir 7 Juta Kali!


Kecoh di media sosial apabila rakaman video menunjukkan seorang wanita seakan meroyan dalam sebuah premis di Tiong Bahru Plaza, Singapura.

Kejadian pada 3 April itu menunjukkan wanita India, berumur 45 tahun itu bukan sahaja menjerit-jerit malah turut memukul pekerja di premis Owndays. 

Video berdurasi 4.22 minit tersebut mendapat kecaman kerana bukan sahaja perlakuan wanita yang seolah dirasuk hantu malah turut melempiaskan kata-kata berbaur rasis kepada pekerja berkenaan. 

Sehingga kini, meskipun kurang 24 jam dimuat naik, rakaman video tersebut mencecah sehingga 5.9 juta tontonan, nyata ia bukan isu yang bukan boleh dipandang ringan. 

Meskipun bukan berlaku di Malaysia, semangat perkauman muhibah sentiasa diterapkan di negara ini antara masyarakat Melayu, Cina dan India, sedikit sebanyak kejadian itu memberi kesan di hati ramai orang.

Netizen tanpa henti mengecam perbuatan wanita terbabit, meskipun tidak tahu apakah punca sebenar dia menjadi begitu marah dan bertindak di luar kawalan itu. 


Terbaru, memetik laman Stomp, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas perlakuannya itu menjadi viral. 

"Wanita berusia 45 tahun tersebut telah ditahan berhubung kes tersebut. Pihak polis masih menjalankan siasatan," kata jurucakap polis. 

Dalam pada itu, Owndays yang merupakan kedai cermin mata di Singapura, memuat naik status berhubung kejadian itu. Selain kesal dengan kejadian berkenaan, pihak Owndays turut mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang memberikan semangat kepada pekerja yang diserang wanita terbabit.


.:.

No comments:

Post a Comment