Wednesday, April 5, 2017

Abang Sado Beli Singlet Tapi Akhirnya Dapat Dress Seksi


Penjualan dan pembelian dalam talian sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa, tenaga serta wang. Mana tidaknya, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Yang penting anda perlu ada duit! 

Bagaimanapun, setiap kali membeli-belah dalam talian, pelanggan menanggung risiko pembelian yang mungkin indah khabar dari rupa.

Perkara ini berlaku kepada pengguna Facebook Jeremy Russel Priola yang sekelip mata menjadi terkenal kerana postingnya mengenai realiti versus jangkaan menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, posting itu memiliki 48,000 'like' dan lebih 44,000 'share'.

"Saya beli sehelai singlet dari Amazon, tetapi dapat dress.

"Dari sudut positif, dress ini buat punggung saya kelihatan hebat," tulisnya.

Dalam masa sama, Jeremy turut memuat naik beberapa gambar melucukan memaparkan gambar dan spesifikasi pakaian berkenaan berserta dirinya menggayakan produk diterimanya itu.

Sayang sekali 'singlet' diterimanya itu sedikit labuh dan agak sendat apabila dikenakan persis sehelai dress bagi wanita.

Kebanyakan netizen mendapati 'musibah' itu sebagai sesuatu yang melucukan. 

Kasihan lelaki kacak itu, terpaksa melupakan hasratnya untuk menggayakan tubuhnya yang 'hot' kerana singlet dipinta, dress pula yang dia dapat.


.:.

No comments:

Post a Comment