Wednesday, April 5, 2017

Seniman Beri Masa Sehingga Jumaat Supaya Najip Ali Minta Maaf Sebab Hina PM Malaysia


Kisah personaliti Singapura, Najib Ali semakin panas selepas dikatakan mengeluarkan kenyataan yang menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan di negara itu. 

Terbaru, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian, petik laporan Bernama. 

"(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," kata Zed. 

Dalam pada itu, selebriti itu terus menerus dikecam oleh rakyat negara ini. Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar) berkata pelawak Najip Ali bukan sahaja memaparkan watak seperti pondan, malah kurang lucu dan didesak 'menggantung dirinya'.

“Saya cadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalang Najip Ali dan kawan-kawannya masuk ke Malaysia selamanya," ujar timbalan presidennya, Helme Hanafi. 

Selebriti itu juga kini dikatakan telah menutup laman Instaram miliknya kerana dikecam secara bertubi-tubi oleh rakyat Malaysia


.:.

No comments:

Post a Comment