Wednesday, April 5, 2017

"Cara Mertua Jaga Cucu Sangat Kasar Sampai Aku Jadi Stress!"


Salamm

Hai aku nk luahkan perasaan aku je. Aku seorang ibu dan wanita yg berkejaya. Lokasi skrg di Selangor. Aku berasal dari KL dan kerja di KL. Tp terpaksa berpindah ke ruma mertua mengikut suami. 

Memang banyak yg lain bila dduk bersama mertua. Org yg dduk dgn in law je tahu mcmna rasa pahitnya.Aku trpksa akur dgn suami. Aku tk suka dgn keadaan skrg. Diri tk bebas nk mnjadi diri sndri. Kami dh beli ruma. Tp masih dlm proses penukaran nama. Lambatnye rsa. Haihhh 

Perkara yg merunsingkan aku, adalah ttg anak aku. Anak aku dijaga mil. Mil seorang yg kasar dan bg aku takde perasaan. Dia adalah seorang pengasuh. Tp cara dia adalah kasar. Baby dibiarkan nangis. 

Bila aku cuti, aku tgk cara mil aku jaga anak asuhan. Tak pernah pujuk anak asuhan dgn lembut. Dibiarkan sahaja menangis. Pernah smpai 2 jam dibiarkan. Dengan aku sekali menangis dlm bilik sbb kesian kt budak tu. 

Bru 8-9 bulan kot. What do u expect. Aku pula jenis yg penakut. Aku pernah tegur mil sekali, terus buat muka dekat aku. Aku takut. Aku risau. Mcmna agaknye bila time aku kerja, keadaan anak aku. 

Mcmna dia jaga anak aku. Dah lah anak aku kena tidur di ruang tamu. Mil aku jenis tk kisah dgn well being bayi. Buka tv kuat2, ckp kuat2 bertempik. Bayi pun terjaga. 

Bila menangis, dibiarkn. Ckup time, bg susu makan dan tidur. Pernah aku nk angkat bayi tu pujuk, dia marah aku suruh biarkan. 

Bila aku ckp dgn suami, nk suruh mak aku jaga, dia tk bg. Aku pun tktaw lah knp. Bila berbincang, mesti bergaduh. 

Arghhh stress nya aku. Aku harap bila dh dpt ruma nant, aku nk suruh mak aku jaga atau anta kt pengasuh. Aku stress sgt dduk kt ruma ni.

Betul lah apa yg abah aku kata, 'jauh2 wangi dekat2 busuk'. 

Aku smpai fikir nk bercerai sebab tesepit dgn keadaan ni. Kami laki bini mmg slalu bergdo psal ni. Dh lah masa 4 bulan dl mil suruh bg mkn cerelec. Stress aku. Pastu ada ke patut dia suro aku stop bg susu bdn. Tk elok lah apa lah. Huh benci nyeee. 

Korang paham tk perasaan aku, seorang ibu tp trbatas dan tkde kuasa nk buat keputusan ttg anak aku. Aku tknk mil aku jaga dia. Aku nk mak aku jaga. Tp suami aku tk paham. Huh geramnye. 

Suami aku sndiri realize cara mak dia tu kasar. Maen rentap je bayi. Pastu bila ckp bertempik jerit2. Tk reti nk ckp lembut2. Stress aku. Kadang anak aku kt sblh pun dia agah2 dlm keadaan suara volume tiggi. Aku yg kt sebelah pun rsa mcm nk pekak berdesing telinga ni. Haihh risau nyeee lah...

Aku taw, korang mesti ckp dh dduk ruma org nk demand lah apa lah.. 

Mhmm bkn aku yg nak dduk sini, laki aku tu ha. Ktorang slalu gdo psal ni. Dia suruh sabar je. Haihh aku tahu, dia nk jaga hati mak dia. Aku mmg nmpk mil aku tu syg anak aku. Tp cara dia tu kasar. 

Lpastu suka cium2 mulut anak aku lah, saje2 batuk2 depan anak aku. Aku tktaw apa motif dia buat mcmtu. Mcm kurang kesedaran ttg kesihatan and well being anak aku. Aku nk mak aku jaga, mak aku seorang yg kuat agama. 

Untung kakak aku, mak aku jaga anak dia. Ajar mengaji, ajak solat sama, pastu lembut je and tk pnah bg baby nanges lama. 1 juta sel otak rosak taw kalau baby nanges lama. Mil aku solat smggu skali pun jarang. 

Pastu family dorang jenis tk reti bg salamm bila masuk ruma. Time maghrib blek, maen redah je. Pastu pegang2 anak aku. Benci lah keadaan ni. Knp aku seorang ibu, tp tkde hak nk buat yg trbaek utk anak aku?????? 

Mesti akn ada yg kecam aku. Tp korang tkde kt tmpt aku. Situasi rumit. Kalau mil aku dduk negeri laen yg jauh2 kn senang. Tkya lah suami aku nk bg mil aku jaga anak aku. 

Tkde lah mil nk terasa hati ke apa. Masalah aku tk besar. Tp aku stress. Hari2 aku g kja, aku risau kt anak aku. Aku risau dgn akhlak anak aku nant dh besar mcmna kalau dikelilingi suasana mcmni. 

Hari2 aku solat 5 waktu mnta doa Allah lembutkan hati mil aku supaya tk jerit2 batuk2 cium2 mulut anak aku. And supaya dia tnjuk contoh akhlak yg baek dpan anak aku. Mhmm okay lah itu saje.


.:.

No comments:

Post a Comment