Thursday, April 6, 2017

3 WanitaMaut Ditikam Pesakit Mental Dengan Chopstick


Sepertimana yang diketahui kita, kayu penyepit makanan atau chopstik lazimnya digunakan untuk menyepit makanan yang menjadi semakin normal bukan sahaja di kalangan masyarakat di Asia malah kini negara barat turut popular.

Namun demikian, kejadian berikut yang berlaku di China, kayu penyepit itu telah dijadikan senjata pembunuhan. 

Dilaporkan, seorang pesakit mental lelaki menikam empat pesakit wanita dengan chopstik di sebuah hospital dan tiga daripada wanita itu meninggal dunia.

China Daily melaporkan tragedi itu menyebabkan hospital berkenaan ditutup bagi siasatan.

Memetik laporan Shanghai Daily, serangan itu berlaku pada 24 Februari lalu di Hospital Luoning Dazhong di Wilayah Henan.

Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.

Rakaman pengawasan yang diperoleh menunjukkan seorang pesakit skizofrenia bernama Yang telah dimasukkan ke wad kerana kecenderungan berbahaya, tapi malangnya berjaya melepaskan diri pada kira-kira 8.28 pagi, sebelum mengambil chopstik di atas meja kopi di wad.

Kira-kira dua minit kemudian, Yang masuk semula ke dalam bilik dan menikam dua wanita secara berturut-turut.

Dua kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik kurang daripada satu minit kemudian menahan Yang.

Salah seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan, menurut China Daily.

Semua mangsa mengalami kecederaan otak dan dilaporkan Yang telah ditahan polis untuk siasatan.



.:.

No comments:

Post a Comment