Wednesday, January 11, 2017

Trend Bergambar Gaya ‘Pemujaan Setan’ Semakin Diagung-agungkan


Trend bergambar yang dibawa oleh puak hipster semakin berleluasa dan masih diikuti ramai, tak kira muda atau tua.. Bila tengok gambar sekolah budak-budak sekarang, teringat zaman sekolah budak-budak dulu.. Kebiasaannya gambar sekolah budak-budak dulu, diambil dengan gaya sopan dan badan menegak pandang kamera jer..

Tak pernah terfikir langsung dalam kepala nak tunjuk gaya pelik-pelik, setakat senyum sampai ke telinga jer yang mampu ditayangkan dalam gambar macam tu.. Kalau dibuat gaya pelik-pelik, mati ‘dikerjakan’ cikgu. Tapi sekarang semua dah berubah, maklumlah zaman dah semakin moden.

Trend Bergambar Gaya ‘Pemujaan Setan’ Semakin Diagung-agungkan1

Segalanya nak ‘dimodenkan’ termasuk lah menunjuk gaya ‘kreatif’ ketika bergambar.. Macam gambar di atas tu, gambar sekolah diambil dengan gaya lambang yang dikatakan lambang pemujaan setan.. ‘Gempak’ dan ‘rare’ sangat kan?

Rasanya korang pun tahu maksud disebalik gaya bergambar macam tu, betul tak?? Miss ingatkan gaya ni dah terhapus selepas kecoh di laman sosial yang mengatakan gaya tu disamakan dengan gaya pemujaan setan, rupanya semakin menjadi-jadi lagi.

Lihat tangannya. Lukisan iblis hasil dari kitab al bulhan yg dilukis pd abad 14. So siapa kata rockers yg buat. Ni lagi rare. Kitab lama tajuk Kitab al Bulhan, manuskrip abad ke 14, karangan Abd al-Hasan Al-Isfahani, seorang ahli astrologi, astronomi dan geomantik Islam.
Lihat tangannya. Lukisan iblis hasil dari kitab al bulhan yg dilukis pd abad 14. So siapa kata rockers yg buat. Ni lagi rare. Kitab lama tajuk Kitab al Bulhan, manuskrip abad ke 14, karangan Abd al-Hasan Al-Isfahani, seorang ahli astrologi, astronomi dan geomantik Islam.

‘Bagus’ sangat lah budak-budak sekarang ni mengagung-agungkan budaya kafir tu! Gaya lain yang tak dak maksud apa-apa, tak nak pulak budak-budak ni nak gayakan ek?? Gaya minta kaki tu jugak yang nak dibuat.



.:.

No comments:

Post a Comment