Sunday, March 19, 2017

Syarikat Jepun Beri Cuti Putus Cinta Untuk Pekerja Mereka


Siapa yang tak suka dapat cuti kan? Duduk di rumah sambil berehat. Tapi cuti tahunan pula tak boleh nak pakai sesuka hati. Namun berlainan pula sebuah syarikat di Jepun ini. 

Cuti putus cinta telah diperkenal oleh sebuah syarikat yang terletak di Jepun. Hime & Company telah memperkenal cuti baru bagi para pekerja mereka.

Cuti ini diharap dapat membantu individu yang putus cinta memulihkan perasaan dan semangat mereka.

Cuti putus cinta diberi mengikut peringkat umur. Lebih tua usianya, lebih banyak cuti yang mereka terima. Ini kerana pihak syarikat beranggapan individu yang berusia 30 tahun ke bawah lebih mudah mencari pengganti.

Kakitangan yang berusia 24 tahun dan ke bawah boleh bercuti selama sehari. Bagi mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun pula boleh mengambil cuti dua hari dan mereka mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas mereka layak untuk mengambil cuti selama 3 hari.


.:.

No comments:

Post a Comment