Sunday, March 19, 2017

Tindakan Air Asia Pelihara Anjing Dan Kucing Liar Di Ibu Pejabat RedQ Undang Pujian Dari Netizen


Pencinta haiwan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana memelihara tiga anjing liar dan seekor kucing di pejabat baru mereka di Sepang. 

Memetik laporan AnimalCare, haiwan-haiwan tersebut sememangnya sudah berada di kawasan lebih awal sebelum ibu pejabat Air Asia berpindah di kawasan tersebut. 

Pihak pengurusan Air Asia memutuskan untuk memelihara haiwan tersebut daripada mengusir haiwan-haiwan itu. Malah, pihak Air Asia juga turut memakaikan anjing-anjing itu dengan kolar berwarna merah selari dengan warna korporat Air Asia. 

Kini, anjing-anjing tersebut "mengawal" dengan meronda kawasan tempat letak kereta untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. 

Tindakan Air Asia itu mendapat pujian dari netizen yang mengganggap tindakan Air Asia itu patut diberi pujian.




.:.

No comments:

Post a Comment