Friday, March 3, 2017

Suami Jauh Pun Isteri Tetap Boleh Bahagia


Bukan sahaja tak sebumbung malah tinggal berjauhan, terdapat sesetengah suami isteri yang terpaksa menanggung perpisahan hubungan kasih dan sayang yang berjarak beribu batu lantaran terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya mahu pun mengejar cita-cita. 

Meskipun rindu cukup menebal namun pengorbanan harus dilakukan, habis macam mana nak cipta bahagia kalau pasangan tidak berada di depan mata? 

Perlukah berhenti kerja ataupun meninggalkan sahaja pengajian demi merapatkan jurang kasih sayang yang berjauhan? Teliti empat tips berikut :

1. Kena bertanggungjawab lebih

Memanglah sukar membesarkan anak-anak tanpa kehadiran pasangan. Jika isteri belajar menerima keadaan itu, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Belajar daripada pengalaman dan situasi baru membuatkan para isteri lebih berani dan tabah hadapi setiap cabaran. Janji, sama-sama pegang tanggungjawab!

2. Jaga emosi

Setiap hari asyik terkenang suami yang jauh di perantauan. Makankah suami, lenakah tidurnya, sedang buat apakah suami ketika ini? Bermacam persoalan bermain di ruang minda. Tak payah risau, zaman sekarang dah canggih. Cubalah rapatkan hubungi dengan internet. Kalau anda tenang dan tidak kelam kabut, anak-anak pun tak buat hal.

3. Fokus kepada anak

Tanpa suami para isteri boleh mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri. Didikan ibu lebih terfokus dan anak-anak hanya perlu mendengar satu arahan sahaja. Gunakan waktu itu dengan berkualiti untuk membentuk dan melatih anak-anak mengikut acuan yang digariskan oleh landasan agama.

4. Jangan malu luah perasaan

Kalau sayang pasangan, cubalah ingatkan diri bahawa pasangan sentiasa dekat. Ada peluang berbual, luahkan rasa sayang, rindu dendam, segala kata-kata yang boleh menguatkan emosi dan dalaman anda. 


Kongsi rasa tentang apa yang anda lakukan dengan anak-anak. Pasti suami akan rasa lebih dihargai dan bahagia walaupun tidak dapat turut serta membesarkan anak-anak bersama anda.


.:.

No comments:

Post a Comment