Thursday, March 16, 2017

Kesian Ikan Emas Tak Boleh Terapung, Lelaki Ini Buatkan "Kerusi Roda" Agar Boleh Bergerak


Disebabkan kesian, seorang lelaki sanggup buatkan kerusi roda untuk seekor ikan emas yang tidak boleh terapung dalam air. 

Derek yang bekerja di sebuah kedai akuarium di Texas tidak sanggup untuk melihat ikan tersebut berlegar-legar di dasar akuarium kerana tidak dapat mengawal dirinya untuk terapung. 

“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.

“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.

“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.

Kisah ikan emas ini mula viral selepas seorang Youtuber, Taylor Dean memuat naik kisah ikan emas di laman mikro Twitter.


.:.

No comments:

Post a Comment