Thursday, March 16, 2017

"Kalau Ada Anak Mampu Ke Aku Tanggung Anak Dan Isteri?"


Aku terdetik untuk berkongsi kisah dan meminta pendapat kalian tentang apa yang berlaku terhadap diriku dari dulu hingga sekarang.

Aku sudah berumah tangga. Hampir 5 tahun kami duduk dan berdiri sama-sama. Namun masih belum dikurniakan cahaya mata yang diidamkan oleh semua pasangan yang berkahwin.

Dalam hal ini, aku masih berserah pada rezeki Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu tentang kemampuan kami berdua. Aku bukanlah tidak mahu mencuba sedaya upaya seperti orang lain yang kesana kemari mendapatkan rawatan atau ikhtiar untuk mendapatkan anak. Namun aku merasakan mungkin ada sebab lain yang aku sendiri tak tahu atau tak sedar apa yang aku lakukan sepanjang hidupku memberi impak pada kehidupan selepas berumah tangga ini.

Kami berdua masing-masing bekerja. Pendapatan kami tidaklah terlalu banyak dan kami duduk di kawasan bandar besar. Kami juga hanya menyewa rumah yang kecil dan murah untuk jimatkan kos. Jujur aku katakan kami adalah jenis pemboros. Namun tidaklah keterlaluan. Tetapi kami akan membeli apa yang kami mahu asalkan kami mampu pada masa itu.

Pendapatan aku sendiri sangat rendah berbanding isteriku. Jadi kebanyakan belanja rumah dibelanja oleh isteriku. Itu pun dia mampu lagi untuk membeli barangan keinginan dia.

Aku selalu berfikir, setiap bulan memang gaji aku cukup makan sahaja. Setelah tolak hutang dan komitmen lain, aku masih lagi ada balance yang tak cukup pada dasarnya. Pernah beberapa kali gaji aku habis pada 3 hari selepas gaji. Namun dengan bantuan isteriku, kami boleh teruskan hidup sehingga gaji seterusnya.

Aku memang terasa untuk membuat kerja part time, tapi aku tiada masa yg cukup dan sebenarnya aku tak sanggup tinggalkan isteriku seorang diri dirumah sementara aku tiada pada waktu malam. Kadang2 aku dah fikir masak2 nak kerja part time malam, tapi bila pandang wajah dia, aku jadi sedih sebab dia tiada siapa2 selain aku. Ibu ayahnya jauh dikampung dan dia hanyalah anak tunggal.

Jadi aku buat keputusan untuk berada dirumah pada waktu malam dan aku sangat2 jarang keluar rumah pada waktu malam. Kami akan habiskan masa menonton tv atau buat kerja rumah sebelum tidur. Lagipun aku selalu tidur awal.

Jadi, pendapatan kami memang tidak berkembang dan hanya setakat tu sahaja. Aku selalu berfikir kalau ada anak, entah mampu atau tidak aku nak tanggung. Sedangkan diri sendiri pun orang yang bantu.

Dalam dua tahun lagi, kami akan berpindah ke rumah baru dibeli. Pinjaman rumah itu lulus tapi dengan nama isteriku seorang. Mungkin gajinya memang layak. Aku pula berpandangan nama aku akan digunakan untuk pembelian rumah lain nanti. Tapi selalu aku fikir lepas ke aku nak beli rumah lagi.

Komitmen bulanan rumah tersebut memang tinggi memandangkan kami membeli rumah dikawasan bandar kerana dekat dengan tempat kerja. Jika beli rumah jauh pun kosnya akan jadi sama cuma rumah jauh bertambah letih menempuh jalan jammed. Jadi baik aku beli rumah dekat yang nilai bayaran bulanannya hampir sama dengan duduk rumah luar bandar.

Jadi, dimasa akan datang, perbelanjaan kami semakin tinggi. Adakah kerana kemampuan kami yang kurang ini menjadi penyebab kami belum diberi cahaya mata?

Aku tak tahu.

Kata orang anak itu rezeki. Sebelum ni kami banyak terima rezeki selepas berkahwin. Cuma rezeki anak sahaja belum terima. Jadi aku redha dan teruskan hidup ini.

Semakin lama aku rasakan yang kami ini memang sunyi. Isteriku pun memahami keadaan kami dan dia pun tidaklah mendesak untuk mendapatkan anak. Namun dari matanya aku tahu dia memang sangat mahukan anak.

Kami pernah mendapatkan rawatan sekali sahaja. Aku tiada masalah serius namun isteriku mempunyai sedikit masalah pada rahimnya. Namun masalah itu tidaklah serius. Cuma peratusan mendapat bayi adalah rendah.

Kami tidak mendapatkan rawatan lanjut kerana kos yang mahal. Lagipun isteriku adalah seorang yang penakut. Jadi dia memerlukan sokongan kuat dari aku untuk meneruskan rawatan itu. Aku cuma beritahu bahawa kita akan teruskan satu hati nanti.

Adakah ini sebab aku belum dikurniakan zuriat?

Aku tak tahu.

Dalam bab ni, aku tak salahkan isteriku seorang diri. Ada juga punca2 dari aku sendiri yang aku tak sedar atau buat2 tak tahu. Aku seorang perokok. Namun tak tegar. Hanya sebatang rokok sehari pd waktu bekerja dan sabtu ahad pun jika aku balik kampung saja baru aku hisap hanya selepas makan. Itupun 3 atau 4 kali sehari.

Adakah merokok punca aku tidak mendapat anak?

Aku tak tahu.

Yang aku tahu memang ada kajian. Tapi mungkin tidak semua orang. Aku pernah berhenti sekejap dalam setahun. Tapi tabiat tu kembali setelah aku rasa efek dia sama saja. Selepas tu baru mula balik tapi aku kurangkan.

Perlu ke aku berhenti terus dari merokok? Adakah bila aku berhenti merokok aku berpeluang mendapatkan anak?

Aku tak tahu.

Tapi aku akan cuba tinggalkan terus merokok dalam beberapa masa lagi. Mungkin esok lusa bulan depan tahun depan. Entahlah. Aku akan cuba secepat mungkin.

Faktor makanan juga aku tak boleh tinggal. Jujur mengatakan yang kami jarang makan makanan berkhasiat. Dalam seminggu tu mesti ada makan mee segera. Itupun hanya lepas balik kerja jika kami lapar. Makanan fast food jangan cerita la. Dulu memang selalu. Tapi sejak duit makin kurang ni aku dah slowkan pemakanan fast food.

Tak lupa juga pada supplement. Selalu isteriku tunjukkan produk2 untuk pasangan bermasalah. Tapi aku memang tak makan sebab aku sendiri ragu2 dengan produk2 yang entah apa2 muncul macam cendawan dalam pasaran. Aku seorang yang anti dengan produk pseudoscience yang claim macam2 tapi habuk pun takde.

Produk jual mahal2 pada aku untuk peniaga yang ingin pergi haji balik hari. Jadi aku memang tidak akan beli dan makan dan sekarang aku melarang isteriku membeli produk2 yang tiada bukti keberkesanannya.

Jadi, adakah sebab pemakanan harian dan tak makan supplement menyebabkan tidak mendapat zuriat?

Aku tak tahu.

Akhir sekali aku nak kongsi adalah mengenai keagamaan. Aku tahu solat 5 waktu itu wajib tapi jujur aku mengatakan yang kami selalu tinggalkan. Kadang2 sahaja aku buat dan aku tak tahu kenapa aku terlalu lalai dalam hal ini.

Aku selalu berazam untuk cukupkan 5 waktu sehari namun sentiasa lopong. Even dah berkahwin ni jujur aku katakan aku belum pernah mengimamkan isteriku. Aku tak tahu bila masa sesuai dan aku tak tahu bila hati aku nak terbuka dalam solat 5 waktu ini.

Isteriku selalu menasihatkan aku dan kadang2 aku terkesan, cuma hanya sementara sahaja. Aku memang rasa sangat bersalah dan ingin bertaubat namun masih belum tercapai. Apakah caranya untuk aku kembali ke jalan Allah pun aku masih tidak nampak. Mungkin inilah orang kata jika hati dah hitam, memang susah nak nampak jalan Allah.

Namun aku masih percaya hidayah dan rezeki Allah. Jika aku solat aku sentiasa meminta agar diterangkan hati dan dapat menuju ke jalan Allah. Ya, aku masih kurang meminta. Mungkin sebab itu aku masih belum menerima hidayahNya.

Aku sentiasa berazam untuk dekatkan hati denganNya. Dengan menulis disini, aku tahu tidak akan mendapat apa2. Semua perlu bermula dari diri sendiri.

Kepada isteriku, aku minta maaf jika selama kita bersama aku tidak menjadi suami yang sebenar. Berikan aku peluang dan aku akan menjadi suami terbaik untukmu.

Kita akan sama2 usaha untuk mendapatkan zuriat. InsyaAallah.

Hanya Allah aku berserah.


.:.

No comments:

Post a Comment