Sunday, March 5, 2017

"Hati Mak Mertua Ni Sangat Subjektif Nak Kena Pikat Selalu"


Hati mak mertua ni bagi aku amat subjektif bg setiap individu yang bernama menantu.macam mak aku kata perkahwinan ni satu perjudian bila mana nasib kau x tahu lagi selepas berkahwin.aku tak nak panjang sgt intro point aku pun sikit je

1.KENALPASTI HOBI MAK MERTUA

Kenapa aku cakap ni penting sebab ni la yang akan korang bualkan sepanjang korang duk melepak dgn mak mertua korang.pasal bunga pasal kucing pasal tupperware pasal handbag.cari topik yg kena di hati beliau

2.HATI KE HATI

Yang ni bagi aku penting jgk.aku pun baru 3 tahun kawen tp sebab aku ni dduk ngn mak aku so aku tahu ape yang mak ak merungut pasal anak menantu nya.aku kalau drive dgn mak mertua aku time tu aku rasa paling sesuai nak meluah rasa hati.hati sorang mak ni beliau akan bangga kalau menantu tanya pasal anak nya.dia akan cerita dari A sampai Z.dari mengandung sampai 1 hari sebelum kawen.dari terengganu ke johor aku boleh sembang dengan mak mertua aku pasal anak dia.

3.ELAK HAL SENSETIF

Contoh hal sensetif bagi aku macam berkaitan dengan duit la.kakak aku surirumah mak mertua dia akan check apa yang baru kat rumah anak nya. aku belikan mainan untuk anak buah aku pun mak mertua dia kata harga mainan ni boleh buat 2 bulan makan nasi.aku elak kan bercakap berkenaan duit.dan kalau boleh apa yang aku beli aku x bagitau.

4.SENTIASA ADA MASA KESUSAHAN

Yang ni penting bagi aku.aku akan berusaha untuk ada di samping mak mertua aku bila dia kesusahan.aku akan tolong selagi termampu. Mak mertua kita tak kan puji depan kita tp mak aku menantu mana yang ada masa sakit pening yang tu la beliau akan ingat. bukan yang tak jaga tu tak ingat tapi nama pun tips kan so sesusah mana pun tunjuk la muka walau sejam dua.

5.MEMAHAMI PERASAAN

Tahu yang mana mak mertua suka dan mak mertua tak suka.depan suami kita sentiasa bercakap pasal mak mertua.kesian kt mak martua ke tiba tiba teringat kat mak mertua ke.aku buat macam tu bukan nk jadi menantu kesayangan ke apa tapi lama lama benda tu akan jadi habit.suami pun bercerita kt mak mereka yang isteri nya sentiasa faham apa yang mak mertua perlukan..gituuuuuu..strategi…lama2 akan ikhlas insyallah

So far hubungan aku dengan mak mertua sangat akrab tido sebantal seselimut makan sepinggan.so bahagia apa lagi yang kite cari bila dicintai suami dan disayangi mertua.untuk pengetahuan korang. suami mana yang tak bangga bila di mulut isteri nya, sentiasa bertanya keperluan dan kelengkapan mak nya.betul tak??


.:.

No comments:

Post a Comment