Sunday, March 5, 2017

Lembaran Kasih Seorang Ibu


Hari ini 4/3 jam 9.30 pagi…emak amat sedih kerana tidak dapat menghadiri penyampaian hadiah dan anugerah khas yang diterima oleh anakku…faktor kesihatan abah dan emak serta segi kewangan telah membataskan perjalanan kami utk ke sana.

Diharap anakanda janganlah berkecil hati…emak amat gembira dan ucapan tahniah di atas kejayaan kamu…sesungguhnya cita-cita dan impian kamu semakin menghampiri kamu…

Dari itu teruskan usaha yang lebih kuat lagi dan semangat yang kental untuk terus mencapai impian dan cita2 kamu…emak ,abah ,along, angah ,adik2 dan sanak saudara kamu sentiasa ada di belakang kamu untuk memberi semangat dan mendoakan kejayaan, gemilang dan cemerlang untuk kamu…

ingatlah akan kata2 ayat di hantar oleh tok pada kita…

Allah tidak memberi kita setangkai ros yang wangi tapi Dia beri kita kaktus yang berduri…

kita minta kupu-kupu yang cantik, Dia beri ulat berbulu…

kita sedih dan kecewa…tapi kita harus bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh…

Emak masih simpan lagi pepatah ayat2 yang di hantar oleh tok buat pedoman hidup ini…dari itu janganlah kamu bersedih menerima anugerah itu keseorangan di atas pentas tanpa abah dan emak… wassalam….amin…

P/s: walau sesedih manapun kita, sekecewa manapun kita, terguris manapun hati kita, ibu bapa kita tiada galang gantinya…pujuklah hati andai terguris, kerana tiap yang berlaku ada hikmah dan asbabnya…aku mohon doa dari kalian semua, moga ibu bapaku kembali sihat sentiasa, kerana aku masih belum dapat membalas jasa mereka… Moga juga aku akan terus tabah mengharungi liku kehidupan ini…


.:.

No comments:

Post a Comment