Friday, March 17, 2017

[Gambar] Pengguna Berang Ulat Penuh Dalam Burger Dari Restoran Makanan Segera Popular


Rakyat malaysia sememangnya diketahui sangat suka pada makanan. Tak kisahlah sama ada restoran, kopitiam atau pun mamak tepi jalan, jika makanannya sedap kita tetap akan makan. 

Tapi satu perkara yang kita tidak boleh bertoleransi ialah jika makanan tersebut tercemar. Jadi bayangkan betapa marahnya pengguna apabila beberapa gambar yang viral yang menunjukkan beberapa ulat sampah dijumpai dalam burger dipercayai dari salah sebuah restoran makanan segera popular. 

Menurut sumber, makanan segera tersebut di beli di salah sebuah cawangan restoran makanan segera di Damansara Uptown pada jam 2.25pm, 15hb yang lalu. 

Menerusi gambar-gambar yang tersebar itu boleh dilihat ulat sampah dijumpai di seluruh makanan tersebut - sayur, mayones, roti, keju dan daging. Netizen mengandaikan mayones tersebut telah dicemari. 

Sudah tentu perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Ramai pengguna tidak berpuas hati restoran makanan segera yang popular it kerana kurang menjaga kebersihan dan kualiti makanan. 

Tidak kurang juga mempertikaikan kesahihan gambar tersebut kerana diambil secara dekat dan ada yang mengatakan ianya bukan makanan dari restoran segera tersebut. 

Sehingga kini, pihak restoran makanan segera terbabit belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.







.:.

No comments:

Post a Comment