Sunday, March 12, 2017

"Aku Rasa Kekurangan Rasa Kekeluargaan, Tapi Aku Tetap Bersyukur"


Aku dilahirkan dalam broken family. Ayah aku khawin 2 masa aku kecil lagi. Aku masih boleh ingat macam mana reaksi mama bila ayah khawin 2. Dan segala galanya berubah.

Aku membesar dengan keadaan pergaduhan. Aku masih ingat bila ayah marah, ayah flip dulang makanan. Aku bukan anak orang kaya, masalah duit sentiasa jadi isu. Mak aku pulak seorang yg negative thinking. Mungkin sebab tu ayah aku khawin lain. Mungkin.

Masa sekolah dulu aku sering tengok kawan kawan ayah dia selalu datang ambil dan hantar ke sekolah. Aku? Sepanjang tingkatan 1-5, aku rasa tak lebih sepuluh kali. Paling kesian, adik aku. Adik aku pernah persoalkan dan mama ajukan ke ayah. Ayah pun datang lah itu pun tak lebih 3 kali or 5 kali.

Ayah walaupun begitu, ayah tak lupakan aku sebab aku paling rapat dengan ayah. Walau tak semua aku dapat, tapi ayah cuba. Hinggalah aku dapat sambung tawaran ke menara gading jauh dari rumah. Awal awal lagi ayah cakap, ayah hantar je. 

Yang selebihnya aku kena uruskan sendiri. Aku tak dididik utk survive. Jadi aku terpaksa belajar survive sendiri. Memang betul, sepanjang 3 tahun belajar ayah mama tak pernah datang jenguk aku. Mungkin masalah kewangan jadi isu, aku cuba utk positifkan diri aku. Cuma, aku teringin mama ayah dtg dan lihat kehidupan aku di sini.

Sebabnya aku tak selalu jumpa ayah aku. Ayah aku sejak khawin 2, tak tidur rumah. Ayah tak check buku belajar aku, tak ajar apa yang aku tak tahu. Ayah cuma tanya, sekadar ambil peduli. Ya, ayah ada 3 orang lagi anak bersama ibu tiri aku. 

Dan jelas ayah sayangkan anak anak di sana berbanding aku dan adik aku di sini. Dulu benda ni selalu menjadi isu, cuma lama kelamaan aku dah jadi lali dan cuma kadang kadang aku rasa kurang kasih sayang.

Aku belek sijil berhenti sekolah aku. ” Kematangan emosi – 3 “. Aku jadi kurang matang dek kerana aku kurang mendapat kasih sayang. Walau aku berbadan besar, aku masih berperangai kebudak budakan. Cikgu selalu tegur dan marah dengan aku. 

Maafkan aku cikgu, aku tak sedar semua tu dulu. Aku cuma mulai sedar ketika aku berumur 21 22. Itupun kerana aku sudah penat dengan keadaan sekeliling dan kawan kawan seuniversiti aku. Dan aku berubah.

Hinggalah 1 kejadian berlaku. Aku lewat ke tempat praktikal aku kerana agak jauh dari rumah. Ayah menyuruh aku kembali praktikal di rumah, senang katanya. Aku turutkan setelah bertahun tahun di tempat orang. Aku mengadu ke supervisor aku kerana aku datang lewat sudah beberapa kali. Salah aku jugak cuma hidup di bandar tak dapat lari dari jem.

” Ayah awak tak cakap apa apa ke?” Soal supervisor aku. Aku terdiam. Mana mungkin aku nak ceritakan pekung di dada aku, yang ayah aku tak balik rumah dan tak tahu pasal apa yg aku alami. Aku mampu senyum dan balas ayah aku tak balik rumah lagi outstation sedangkan aku pun tak tahu mana ayah aku pergi. Rasa nak menangis cuma aku tahan. Kuatkan hati tak mahu fikir semua tu.

Aku sayang keluarga aku. Walau serba kekurangan, tetapi ada berbanding anak anak yg lain yg tiada ibu bapa. Aku bersyukur. Cuma aku rasa kekurangan rasa kekeluargaan. Moga Tuhan titipkan rasa kasih sayang antara kami sekeluarga sementara masih bernyawa. 

Teringin nak bercuti satu keluarga tetapi apakan daya, keadaan tak seperti keluarga sempurna yg lain. Pada yg bekeluarga, sayangilah anak anak anda. Aku banyak lihat anak anak yg bermasalah kerana kurang kasih sayang. Dan aku rajin mendengar masalah masalah keluarga kawan kawan aku. 

Sekurangnya, aku tidak keseorangan dan memendam. Aku pernah berniat untuk bunuh diri, cuma aku masih ingat ajaran agama dan takut. Dan, ayah aku tengah sakit sekarang. Doa kan semoga cepat sembuh ya?


.:.

No comments:

Post a Comment