Sunday, March 12, 2017

"Aku Takut Besarkan Anak-Anak Pada Zaman Sekarang"


Name aku min. Berumur 34 tahun, berkahwin dan ade 2 org anak. Masing2 masih kecil, sorang umur 5 tahun, sorang 2 tahun. Aku seorang wanita bekerjaya, anak2 aku dijaga oleh pengasuh.

Anak2 aku tengah nyenyak tidur. Aku pandang wajah diorang masing2, terkenang waktu aku muda remaja dulu.

Aku sebenarnya takut. Takut nak menghadapi waktu anak2 aku dalam umur remaja. Sebab aku pernah mengalami. Bila aku fikir2, kesian dengan parents aku waktu tu. Entah ape yg aku mahu, aku pun tak tahu.

Aku nie anak tunggal dalam keluarga. Mak ayah aku bekerja (waktu tu. Sekarang masing2 dah pencen). Ikhlas ckp, walaupun mak ayah aku bekerja, diorang cukup2 beri perhatian pd aku. Aku pergi sekolah dihantar. 

Cuma balik sekolah je aku naik bas sendiri. Setiap waktu kalau ade majlis kat sekolah, diorang akan hadir. Kalau aku nak keluar mane2, diorang beri kebenaran. Setiap hari memang akan makan bersama. (Kalau hari kerja, dapat makan malam je same2). Semua yang aku mintak, aku dapat.

Aku nie, depan parents aku, pijak semut pun tak mati. Anak yang taat setaat taatnye. Tapi hakikatnye… Zaman aku remaja dulu, internet tak berapa meluas. Kalau nak berinternet, kena pergi cyber cafe. Tp ayah aku beli komputer pastu subscribe internet. Mase tu yang famous, Jaring. Pastu pulak mase tu MIRC memang hot. Tiap2 malam aku akan chatting.

Dalam ruangan chatting, aku akan cerita dengan kwn2, yang aku sunyi. Mak ayah abaikan aku. Dorang tak sayang aku. Aku kurang kasih sayang sebab jarang dorang berbual dengan aku. Hakikatnya, mak ayah aku lah yang the best.

Walaupun bekerja, setiap pagi aku dapat rasa air tangan mak aku. Makan tengahari mak aku dah siapkan awal2 pagi. Untuk makan malam, balik je dr kerja, dengan baju2 kerja tu mak aku kentang kentung kat dapur siapkan makan malam kami.

Aku tak pernah tengok mak ayah aku gaduh. Aku tengok kehidupan rumah tangga diorang harmoni je. Memang sejuk mata memandang. Mak ayah aku tak pernah kuarkan kata2 kesat. Tapi aku, kat sekolah, itulah makanan aku.

Kesiannye parents aku. Dah jadi yang terbaik utk anaknya nie, tapi aku war2kan kat semua yang hidup aku teruk. Kurang kasih sayang. Alangkan aku yang cukup segalanya pun kata parents aku tak bagus, apetah lagi budak2 yang betul2 terabai kehidupannya.

Aku takut sangat. Zaman sekarang lagi mencabar dalam membesarkan anak2. Bila tengok muka anak2 aku, aku takut anak2 aku akan buat ape yg aku buat pd parents aku dulu.


.:.

No comments:

Post a Comment