Saturday, December 17, 2016

KAJIAN: Makan Segenggam Kacang Sehari Untuk Elak Kanser

 

Tabiat mengamalkan pengambilan segenggam kekacang dalam menu diet harian berupaya mengurangkan sehingga 15 peratus peluang seseorang itu menghidap kanser.

Selain itu, pengambilan hanya 20 gram sehari kekacang seperti walnut, badam, hazel, gajus dan pistasio juga sangat bagus kerana boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit koronari jantung dan strok sehingga 30 peratus.

Kekacang juga mengurangkan risiko obesiti & tekanan perasaan

Kajian yang lakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Imperial College London, England dalam analisisnya mendapati, kekacang mengandungi kandungan fiber, magnesium dan lemak tidak tepu yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan.

Walaupun kekacang mengandungi lemak yang agak tinggi, namun ia kaya dengan sumber fiber dan protein untuk mencegah seseorang daripada mendapat risiko obesiti.

Menurut kajian itu lagi, kekacang seperti walnut dan kacang pekan mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh mengurangkan kadar tekanan yang dialami oleh seseorang.

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment