Saturday, December 17, 2016

Kenapa Ramai yang Takut Jumpa Doktor Gigi? Ini 5 Sebabnya

 

Dari yang kecil sampailah yang dah jadi mak ayah, tetap takut nak jumpa doktor gigi.

Peliklah, kenapa ramai yang takutkan doktor gigi ya? Ramai yang takut nak jumpa doktor gigi mungkin disebabkan alatan yang digunakan agak menyeramkan.

Ni kami senaraikan 5 sebab kenapa korang takutkan doktor gigi.

1. Jarum tu kemain tajam

Ramai yang ada fobia dengan jarum. Ada yang tak boleh tengok jarum langsung. Jadi mungkin ni salah satu yang buatkan orang takut jumpa doktor. Sebab takut kena inject!

2. Konon sakit macam kena gigi semut je, tapi….

Alaaa, cucuk tak sakit pun macam kena gigit semut je. Ni lah ayat yang selalu kita dengar tapi bila dah kena cucuk? Rasa nak tarik je lab coat doktor tu!

3. Drill

Ni paling menakutkan. Rasa doktor tu macam nak gerudi je gigi sampai berlubang. Bukan setakat itu je, bunyi dia sahaja dah cukup menyeramkan.

4. Bunyi & Bau

Masuk je klinik gigi kita akan dengar macam-macam bunyi dan bau. Paling takut bila tengah tunggu turn, nampak pesakit lain. Rasa nak balik rumah cancel appointment.

5. Bibir & pipi kebas

Masa mula-mula pergi klinik bibir dan pipi terus jadi kebas tak rasa apa. Nak menangis rasa masa tu sebab malu bengkak. Bila tengok cermin hmm tak ada apa pun sama je rupa. Rasa je macam bengkak.

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment