Saturday, December 17, 2016

Ini 4 Rahsia Nelydia Senrose Kekal Cantik & Kurus Dengan Cepat!

 

Orangnya cantik manis dan berkulit putih gebu. Masih muda lagi dan masa depannya masih jauh lagi.

Nelydia Senrose, namanya secantik orangnya. Kalau wanita lain perlukan mekap tebal untuk kelihatan cantik, tapi tidak baginya. Memang dah semulajadi cantik.

Pasti ramai nak tahu rahsia kecantikan gadis berusia 22 tahun ini dan bagaimana Nelydia boleh kurus dengan cepat!

1. Seorang yang sangat simple & lebih suka tanpa mekap

Sebenarnya, Nelly seorang yang sangat simple. Nelly sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tidaklah sampai mengabaikan penjagaan asas. Mungkin kerana sudah biasa bersolek apabila bekerja, membuatkan Nelly pilih kecantikan semula jadi untuk hari-hari biasa.

2. Nak kulit cantik, buat facial sebulan sekali

Selain melakukan rutin penjagaan asas kulit seperti mencuci, menyapu krim siang dan malam, Nelly juga menjalani facial sebulan sekali di Sothys, Bangsar seperti rawatan menyingkirkan tompk hitam dan putih dan rawatan mata.

3. Sentiasa sapu losen sebelum keluar rumah

Nelly pentingkan penjagaan kulit kerana Nelly sering menjalani aktiviti luar rumah yang mendedahkan kulit pada cuaca kering, panas dan sinar UV berbahaya.

4. Pernah miliki berat badan 58kg, ini rahsia Nelydia cepat kurus

Nelly elakkan pengambilan nasi. Nelly pastikan bersarapan dan makan tengah hari hanyalah dengan energy bar, milo atau apa sahaja makanan lain yang ringkas tapi mengenyangkan. Paling penting, jangan makan selepas jam lapan.

Kredit: Intrend

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment