Sunday, April 2, 2017

, Warga Emas Tunggang Motosikal Lawan Arus Maut Bertembung Dengan Kereta


Lagi kes lawan arus di Pulau Pinang. Terbaru, seorang warga emas yang menunggang motosikal melawan arus maut dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad. 

Warga emas itu dikenali sebagai Tan Choon Wah, 65 dari Bayan Lepas terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta yang berada di laluan yang betul. 

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan kenapa Choon Wah menunggang motosikal melawan arus. Mangsa meninggal di tempat kejadian. 

Pada 14 Mac lalu, seorang gadis berusia 19 tahun didakwa memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian.


.:.

No comments:

Post a Comment