Sunday, April 2, 2017

"Jangan Meroyan Bila Isteri Yang Kau Cerai Jadi Janda Meletop"


Bila terjadi kes cerai, kaum wanita dilihat lebih teraniaya. Namun, bagi mereka ianya bukanlah pengakhiran kehidupan. Ada yang bersemangat dan menjadikan penceraian itu untuk bangkit semula. Coretan yang dikongsi oleh Fatihah Mohd Yusof sesuai untuk kaum wanita dijadikan iktibar. 

Khas buat kaum Lelaki. Sila meroyan kalau isteri yang kau ceraikan jadi Janda Meletop.

Yela bila kau duk serumah dengan dia memang kau naik muak tengok dia bangun pagi dengan muka zombi rambut macam makmunah, kadang selekeh, kadang berbau lepas cuci ayam ikan dan kadang kentut busuk sampai boleh buat kau rasa nak muntah. 

Sebab tu kau rasa wanita kat luar lagi cantik dari bini kau. Kau silap bro, orang perempuan ni jadi isteri dan mak orang dia penat tu lain macam tu yang tidur dia lena sampai jadi zombi sebab jadual tidur dia sekali je sehari, kerja dia dari pagi sampai malam. Mana nak jaga anak lagi, suami lagi, rumah lagi macam-macam kerja dia buat.

Dan kau kene tahu part mengandung, beranak hingga ke dalam pantang pun belum cukup penat dan rehatnya. Jadi hargailah isteri anda yang masih setia disisi anda, yang terima baik buruk kau. 

Lagi satu point penting, orang perempuan ni sama je benda sama yang kau akan lihat dan rasa tapi yang membezakan sifat dan hati dia yang tidak sempurna tapi akan jadi seorang yang Cantik Istimewa di hati suami mithali dan anak-anak.



.:.

No comments:

Post a Comment