Sunday, April 9, 2017

Video Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri Jadi Viral Cetus Reaksi Seram Netizen



Polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir, Melaka yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Memetik laporan Berita Harian, rakaman berdurasi selama 73 saat yang mula menjadi viral di media sosial sejak semalam. 

Paparan visual menyaksikan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan insiden jam 4.21 pagi, Khamis lalu, dengan tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

"Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya."

Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit," katanya.

Tegasnya, siasatan akan dijalankan berhubung bagaimana rakaman CCTV di balai polis berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

Dalam pada itu, beliau menafikan kejadian tersebut berhubung kait dengan alam mistik seperti mana yang diperkatakan oleh pengguna maya, sebaliknya beliau yakin ianya berlaku akibat tiupan angin yang kencang.



.:.

No comments:

Post a Comment