Sunday, April 9, 2017

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Di Perhentian Bas Depan Hospital


Ada diantara pasangan suami isteri yang ingin mempunyai zuriat namun rezeki masih belum ada walaupun telah mencuba bertahun lamanya. 

Namun masih ada segelintir yang sanggup bertindak membuang bayi mungkin kerana telah terlanjur dan tidak sanggup untuk menjaga anak sendiri. 

Terbaru, seorang bayi lelaki yang baru dilahrikan ditemui di perhentian bas Di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah hari ini. 

Orang awam menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat dalam keadaan berselimut dengan kain dan tuala putih kira-kira pukul 6.25 pagi tadi. 

Orang awam kemudian memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal pintu masuk yang jaraknya 50 meter dari perhentian bas. 

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kota Setar berkata seorang bayi dilaporkan ditemui daripada pengawal keselamatan HSB. 

"Siasatan percaya bayi itu dilahirkan di kawasan perhentian bas sebelum ditinggalkan di situ," katanya.

Tambah beliau, bayi tersebut sedang dirawat di HSB dan dilaporkan dalam keadaan sihat.Pihaknya setakat ini belum mengenal pasti suspek terlibat.


.:.

No comments:

Post a Comment