Thursday, April 6, 2017

Tindakan Pemandu Grab Ini Berjaya Temukan Emak Dan Anaknya Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir


Kita semua tahu tekanan bila perlu berada di satu tempat dengan masa yang singkat. Wanita dari Filipina ini tiada bezanya. Memetik dari laporan Asia One, Anica Velarde Espinosa berkongsi kisah menyentuh hati bersama pemandu Grab pada minggu lepas yang menjadi viral. 

Ketika itu, Anica yang baru saja pulang dari hospital selepas melawat anaknya yang dimasukkan ke dalam wad akibat leukimia menerima panggilan dari jururawat yang menjaga anaknya itu. 

Jururawat itu memberitahu nafas anaknya semakin perlahan. Anica tahu yang anaknya mungkin tiada masa yang lama untuk hidup lagi. Anica yang masih berada dalam kereta Grab menelefon pihak hospital sama ada beliau sempat untuk bertemu dengan anaknya buat kali terakhir. 

Pihak hospital memberitahu yang Anica cuma ada 45 minit sahaja sebelum anaknya itu menghembuskan nafas terakhir. 

Pemandu Grab tersebut, Grape Rufon Fernandez yang terdengar perbualan wanita tersebut menyedari yang Anica tidak mempunyai masa yang banyak dengan sepantas kilat menekan minyak dan memberi isyarat kecemasan kepada kenderaan lain.

Akibat tindakan pemandu Grab tersebut, Anica berjaya sampai ke hospital dalam masa setengah jam dan mengucap selamat tinggal kepada anaknya yang sedang nazak. 

Dalam status yang dimuat naik beliau berharap dapat berjumpa dengan pemandu Grab untuk mengucapkan terima kasih dan selepas status tersebut menjadi viral, Anica dan Fernandez berjumpa sekali lagi di majlis pengebumian anaknya itu.


.:.

No comments:

Post a Comment