Saturday, April 15, 2017

Solat Subuh Terlalu Lama, Lelaki Berang Nyaris Bakar Imam Hidup-Hidup


Dek terlalu berang imam solat subuh terlalu lama, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dia mencuba untuk membakar imam berkenaan di sebuah masjid di Nablus, Palestin.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik agensi berita tempatan, Maan, lelaki terbabit melempar sebotol minyak tanah pada imam yang masih berada di dalam masjid berkenaan selepas solat Subuh, lalu menyalakan api.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan beberapa jemaah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara masjid itu hanya mengalami kerosakan kecil.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berusia 50 tahun itu.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai sudah berkali-kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat.

Imam itu bagaimanapun langsung tidak mengendahkan amarannya, lalu menimbulkan kemarahan lelaki terbabit. Bagaikan hilang pedoman, lelaki berkenaan bertindak membakar imam itu.

Berdepan dengan pertuduhan cubaan membunuh, lelaki itu juga akan didakwa atas tuduhan menyerang, membakar dan menyebabkan kerosakan tempat ibadah.


.:.

No comments:

Post a Comment