Saturday, April 15, 2017

Kejam! "Anu" Remaja Dipotong Dan Mata Dicungkil


Seorang bapa memotong kemaluan dan mencungkil mata seorang remaja lelaki yang didakwa tidur bersama anak perempuannya.

Menurut keluarga mangsa, anak lelaki mereka berusia 15 tahun itu dikejarkan ke Hospital Jinnah di Lahore, Pakistan. Malangnya, mangsa hilang penglihatannya akibat serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Memetik portal Mirror, keluarga mangsa mendakwa keluarga remaja perempuan terbabit bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan dan menuntut mahu mengambil tindakan ke atas mereka.

Malah, bapa mangsa mendakwa bapa remaja perempuan terbabit bersama tiga rakannya menculik dan menyerang mengsa kerana mengesyakinya mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya.

"Bapa remaja perempuan itu bersama tiga rakannya menculik anak kami dari sekolah dan membawanya ke tempat terpencil berhampiran sungai Ravi.

"Mereka dengan kejamnya memotong kemaluan dan mencungkil matanya sebagai tindakan balas dendam sebelum melarikan diri," katanya.

Remaja lelaki itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibawa ke hospital. 

Polis Lahore yang menyiasat kejadian berjaya menahan kesemua suspek dan kes masih dalam siasatan.


.:.

No comments:

Post a Comment