Monday, April 3, 2017

Remaja Kalah Bertaruh Kena Ikat Di Tiang Isyarat Guna Pita Pelekat


Gara-gara kalah bertaruh, seorang lelaki diikat pada tiang lampu isyarat oleh rakan-rakannya.

Miguel Chavez, 17, diikat pada tiang berkenaan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk di Houston, Texas menggunakan pita pelekat kalis air.

Video yang dimuat naik di Internet itu menjadi tular disebabkan lelaki tersebut kalah bertaruh untuk satu perlawanan bola keranjang. Memetik laporan The Sun, polis terpaksa dipanggil bagi menghentikan 'kegilaan' ini.

Walau bagaimanapun, polis sebelum itu bertindak mengancam seorang lelaki yang menghampiri tiang tersebut sebelum menyedari dia sebenarnya datang untuk menyelamatkan Miguel. 


.:.

No comments:

Post a Comment