Monday, April 3, 2017

Cabaran Baru Yang Viral Ini Akan Beri Kuasa Luar Biasa Kepada Manusia


Mustahil! Itulah perkataan yang paling sesuai digunakan apabila melihat menonton video #FingerLiftChallenge. Kami rasa sesiapa yang melihat video berkenaan pasti berasa sedemikian.

#FingerLiftChallenge merupakan satu benda yang sangat hit di Internet sama seperti cabaran-cabaran sebelum ini seperti #IceBucketChallenge. Ianya cabaran dimana beberapa individu akan mencuba untuk mengangkat rakan yang duduk di atas kerusi dengan menggunakan empat jari sahaja. 

Pada mulanya, mereka gagal dalam dua percubaan untuk mengangkat rakan mereka yang sedang duduk itu. Untuk berjaya dalam mengangkat rakan mereka itu, ada satu ritual yang perlu mereka lakukan. 

Mereka akan meletakkan satu per satu tangan secara bertingkat di atas kepala rakan mereka dan turunkan satu per satu tangan dari atas kepala rakan mereka. 

Lepas itu, mereka akan mencuba mengangkat rakan mereka dan ianya berjaya dengan mudah! Magik apakah ini? Nampak macam mustahil tapi ini semua adalah benar. Mengikut laman web Wikipedia, ianya sebenarnya lebih kepada permainan otak dimana dengan mengikut sesuatu ritual minda akan mempercayai bahawa orang yang diangkat itu lebih ringan. 

Ianya sering dimainkan di negara barat seperti permainan Bloody Mary dan Spirit Of The Coin.

Seperti biasa, netizen Malaysia pun ada yang cuba dah berjaya juga! Lihat video dibawah yang di muat naik oleh Rizal Hakim. Cuba buat dengan kawan-kawan jadi atau tak. 



.:.

No comments:

Post a Comment