Sunday, April 9, 2017

Rakam Video Bawah Kain Wanita, Lelaki Ini Kena Pukul Dengan Orang Awam Sebelum Ditahan Polis


Macam macam cara digunakan bagi orang gila seks untuk melempiaskan nafsu mereka. Kadang-kadang kaum wanita dah habis berjaga namun tindakan orang yang gila ini sangat menakutkan. 

Semalam seorang lelaki berjaya ditahan polis selepas merakam video bawah kain wanita dengan menggunakan kamera yang tersembunyi di dalam kasutnya. kejadian berlaku pada 9.30 pagi di Pasar Basah Giant. 

Mangsa yang berusia 38 tahun tidak menyedari perbuatan suspek tiba tiba terkejut suspek dipukul orang ramai berhampiran gerai menjual kuih

Memetik laporan Harian Metro, orang awam menyedari perbuatan suspek berjaya menahan sebelum bertindak memukulnya. 

Menurutnya, mereka turut memberitahu perbuatan suspek kepada mangsa apabila dia memasukkan kakinya di bawah kain wanita itu.

"Ketika kejadian itu mangsa tidak menyedari perbuatan suspek yang merakam video itu yang bersambung dengan telefon Iphone 6 Plus miliknya.

"Orang ramai kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis dan mangsa turut tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar," 


.:.

No comments:

Post a Comment