Sunday, April 9, 2017

"Janganlah Asyik Nak Hina Doktor Je..Kerja Asyik Nak Viral Je"


Lately viral video pasal staff klinik kesihatan yang tak buat kerja, makan gaji buta, servis lambat dan sebagainya. 

Aku, sebagai seorang ahli keluarga doktor yg berkhidmat di klinik kesihatan, panas hati jugalah bila melihat komen-komen yang boleh dikatakan mem** buta, menuduh dengan pelbagai tohmahan yang berat sebelah.

Apa yang aku ingin luahkan ini bukanlah berkaitan video tersebut, tapi luahan hati dari sudut pandang ahli keluarga yang melihat betapa lelahnya kerjaya ini.

Yes, abang aku merupakan seorang doktor yang sudah berkhidmat sepuluh tahun lamanya dalam profesion ini. Segala jerih dia dalam bidang ini, aku dapat lihat depan mata aku sendiri. 

Dipendekkan cerita, abang aku sudah sembilan tahun bekerja di klinik kesihatan selepas tamat HO. Dari doktor biasa kepada specialist, dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah beranak-pinak, tiada satu masa pun aku lihat dia mempunyai rehat yang cukup. 

Dari seorang yang sedikit berisi ketika mula bekerja dulu, sekarang tubuhnya sudah kurus.

Maybe ada orang cakap, kerja k.kesihatan ini tak sepenat kerja di hospital yang ada oncall dsb. Boleh goyang kaki, rileks, main game. Hakikatnya, sama penatnya. Berpuluh-puluh patient mereka terpaksa hadap setiap hari. 

Pergi kerja awal pagi, balik pula mencecah 6 petang. Anak-anak? Biasanya merekalah orang terakhir yang akan dipick-up setiap hari dari tadika. 

Kadang-kadang sampai penjaga tadika tu masam muka sebab abang aku datang ambil terlalu lambat. Sampaikan anak-anak yang kecil itu pun merajuk dengan si ayah.

Mana isteri abang aku? Yes, she’s also a doctor. In hospital. Dengan oncall dan waktu kerja tidak menentu, mostly tanggujawab jaga anak-terpaksa diserahkan di bahu abang aku.

Cakap je virus apa, demam, selsema, batuk, demam campak, HFMD? Semua anak-anak dia dah kena, sebab abang aku yang bawa dari patient2 dia di klinik. Bila sembuh demam, selsema datang. Bila sembuh selsema, batuk pula datang. 

Bila anak yang sulung dah sembuh, si adik-adik yang lain pula yang kena & cycle repeated. Maaflah anak-anak, ayah busy rawat patient, sampai kesihatan darah daging sendiri pun tak terjaga.

Cuti sekolah anak? Memang tak sempat ambil tahu sampaikan abang aku nyaris-nyaris hantar anak dia ke sekolah pada hari cuti umum. Dengan masalah tempat kerja, melayan patient yang pelbagai ragam, mana sempat nak ingat semua itu. Penat sangat. 

Si anak dibuli di tadika, abang aku tak sempat ambil tahu pun. Sampaikan anak dia cakap sakit abah, sakit, tak nak pergi tadika, baru abang aku cek keadaan tubuh dia. Jangan salah faham, bukannya dia tak sayang anak-anak.

Balik kerja, memang anak-anaklah yang diutamakan dahulu. Tanya anak-anak buat apa hari ni. Peluk cium mereka. Kadang-kadang sampai dia cakap, maaf anak-anak ayah, ayah balik lambat hari ini. Sedikit pun tak pernah dia merungut tentang hal kerja. 

Walaupun ada masanya sakit kepala, pening, demam panas itu datang petanda tubuh meminta rehat, sedikit pun dia tidak mengungkit. Ini passion dia. Sepenat mana pun, dia tahu pesakit-pesakit ini memerlukan rawatan.

Aku percaya, mereka yang berada dalam profesion ini tidak kiralah doktor, nurse & seangkatan dengannya mempunyai 1001 cerita tersendiri yang tidak terluah. Tetapi, mereka tetap komited dan sabar demi amanah yang diberikan. 

Orang inikah yang kamu cakap mengular, malas buat kerja, masuk kerja lambat dan pelbagai tuduhan berat lain? Sedangkan mereka berkorban masa dengan keluarga demi melayan pelbagai karenah orang yang kadang-kadang tidak bertamadun, tidak tahu bersyukur, yang kerjanya asyik nak viral je. Maaflah, ayat aku kasar. 

Memang geram sangat sampai tak terluah dah. Kalau kau tahu apa yang mereka lalui hari-hari, kau takkan berani tuduh mereka sampai begitu sekali.

Ingatlah, orang yang kau tuduh itu, mungkin bapa kepada anak-anak yang sedang membesar, mungkin juga anak harapan ibu bapa, mungkin juga anak yang menjadi kebanggaan adik-beradik lain.

Bila kau viralkan video sebegitu yang tidak tahu kesahihannya, kau seperti sedang meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga. 

Mereka yang dituduh semakin kurang motivasi untuk bekerja dan ahli keluarga juga mungkin mendapat malu. Pernah tak kau fikir semua tu masa nak tekan butang upload?

Boleh bayangkan tak, kalau ini semua terjadi pada keluarga sendiri? Tolong, jangan hina doktor itu, atau mereka yang berkerja dalam sektor ini. 

Kalau tak puas hati, mereka ada berbuat salah, report kepada saluran yang betul, bukan upload ke laman sosial semata-mata untuk beribu likes. 

Mungkin hati kau puas, tapi ingatlah mungkin lagi banyak hati lain yang menangis. Mereka bekerja dengan ikhlas tetapi hinaan pula yang mereka dapat.

Hats off kepada semua yang bekerja dalam bidang kesihatan ini. Salute dengan tahap kesabaran anda semua. Terima kasih kepada anda yang berusaha menyelamatkan beribu nyawa setiap hari! Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan anda semua.

Aku akhiri cdengan petikan kata-kata almarhum tuan guru nik aziz “mencari salah dan aib orang hanya untuk memuaskan hati sendiri, itu petanda hati kita rosak.” 

Beringatlah sebelum berkata-kata, kerana ianya mungkin ‘membunuh’ mereka yang tidak berdosa.


.:.

No comments:

Post a Comment