Monday, March 6, 2017

[VIDEO] Aksi Spontan Yang Dipertuan Agong Minum Air Jadi Bualan Netizen


Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat. Baginda yang sememangnya terkenal dengan imej sederhana dan tidak terlalu mengikut protokol mencuri perhatian netizen sekali lagi.

Aksi spontan baginda ketika bertitah sambil membuka botol air minuman disiarkan secara langung menerusi televisyen dan membuatkan ramai ahli parlimen tersenyum. 

"Sekejap..minum air sekejap" baginda memaklumkan kepada Dewan Rakyat sambil diakhiri dengan "ahh". Netizen berkongsi video terbabit dan menyifatkan baginda sebagai seorang yang merendah diri. 

"Tinggi budi pekerti tuanku..nak minum pun minta izin" komen seorang netizen.

Sebelum ini, baginda turut menarik perhatian netizen apabila solat berjemaah tanpa di ikuti oleh pengiring yang menjadi viral. 

Berikut kami kongsikan video terbabit.



.:.

No comments:

Post a Comment