Monday, March 6, 2017

"Adik Aku Kerja Kampung Je


Adik aku yang pelajarannya setakat diploma sahaja dan tidak bekerja kerajaan tapi aku kira dia lebih berjaya dari aku. Tapi erti kejayaan itu berbeza mengikut perspektif yang berbeza kan. Kalau kejayaan itu diuukur dari tahap intelektual dan ilmu modal insan…maka mereka yang berpelajaran tinggi mungkin adalah orang yang berjaya itu. 

Tapi kalau kejayaan itu diuukur dari nilai harta dan kekayaan, lain pula situasinya sebab yang belajar tinggi-tinggi ni bukan kaya pun. Eh aku bukan nak hurai isu definisi kejayaan kat sini yg penting definisi kejayaan itu terpulang pada pandangan masing-masing. Cuma, bagi aku…kerjaya adik aku lebih selesa, stabil, dan berjaya dari aku yang kononnya akan bekerja kerajaan nanti.

Adik lelaki aku ni muda lagi baru 23 tahun. Dia belajar setakat diploma je. Mak ayah aku nak dia sambung ijazah macam aku tapi dia ni tak minat belajar. Dia memang tak minat langsung. Aku pulak jenis kakak yang memahami dan aku pulak jenis yang berfikiran..’do what You love, no matter what people say’. So, aku sokong dia untuk tak sambung belajar. Tapi adik aku suka buat kerja-kerja kampung.

Dia suka bercucuk tanam, semai benih dan anak-anak pokok, ternak binatang, ayam, itik, puyuh, burung. Lepas tu dia pulak jenis pandai bertukang so semua sangkar-sangkar, khemah untuk binatang-binatang tu semua dia buat sendiri. Rutin dia memang bangun pagi pergi uruskan pokok-pokok dia, binatang-binatang ternak dia petang tu baru dia balik. Tempat dia ternak semua tu pun depan rumah je kalau jerit nama dia pun boleh dengar.

Selain tu dia akan ulang-alik dalam seminggu sekali or dua minggu sekali pergi ambik anak-anak pokok dekat pembekal yang lebih besar. Modal tu mak ayah aku kasi dekat dia. Kira mak ayah aku percayakan dia la untuk invest semua ni. Kemudian setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad, dia akan angkut semua anak-anak pokok ni naik van ayah aku pergi jual kat pasar. 

Aku tengok dia memang suka sangat jual-jual gitu. Ibarat pergi menjual tu macam hobi dia pulak. Dia masih baru lagi dalam bidang bisnes dia tu tapi yang aku pasti dia memang betul-betul minat dengan kerja-kerja macam tu.

Ada jugak mak aku ni iman tergugat bila tengok anak-anak orang lain yang kerja kerajaan, duduk dalam office bawah air cond. So, dia suruh adik aku ni apply kerja kerajaan dan adik aku cakap je ye padahal aku tau adik aku tak pernah apply pun. Adik aku tak suka kerja kat office mengadap monitor semua tu. 

Dia suka outdoor. Lagi satu, dia tak suka kerja bawah orang. Adik aku baru je lagi so sekarang ni takdelah besar sangat bisnes dia tu tapi sekurangnya dia dah berpendapatan dan bergaji kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku belajar PHD ni pun sebenarnya pakai duit dia beribu dia bayarkan. 

Dan sekarang dalam usia yang baru 23 tahun dia dah dapat beli kereta dia sendiri, kereta yang dia idamkan, walaupun second hand je tapi kereta mewah jugak dan sekurangnya dia tak guna langsung duit mak ayah aku. Sekarang dia plan untuk besarkan kawasan tanah nursery anak pokok dia.

Sebenarnya adik aku sendiri banyak membuka mata aku. Sebab mak ayah aku pun sebenarnya jenis pandang orang-orang yang kerja kerajaan sebab tu la aku diorang support sangat bila aku sambung belajar. 

Tapi adik aku memang betul-betul bertentangan dengan apa yang diorang harapkan tapi sekarang aku mengaku adik aku lebih berjaya dari aku. Lagi satu, tak ramai anak-anak muda Melayu yang nak buat kerja kampung, usahakan kebun, bercucuk tanam, menternak binatang, semua tu punca rezeki kalau diusahakan bersungguh-sungguh memang lumayan. Adik aku pernah kata pada aku yang dia nak buktikan yang bidang bisnes macam ni lebih terjamin dari bekerja kerajaan semata-mata. Yang penting kena ada minat, rajin, dan doa.


.:.

No comments:

Post a Comment