Tuesday, March 21, 2017

"Tok Untung 5 Kupang Jual Ulam Orang" Gadis UUM Kongsi Kisah Warga Emas Gigih Kayuh Basikal 12KM Jual Ulam Untuk Cari Rezeki


Apa yang kita akan buat jika waktu sedang dalam perjalanan ke sesuatu tempat kita ternampak seorang warga emas menjual barangan. Adakah kita buat tak tahu dan meneruskan perjalanan atau kita akan tengok apa yang dijual oleh warga emas itu?

Kisah Nur Amirah ini seharusnya dijadikan tauladan buat kita semua supaya kita membantu sesama insan. 

Selalunya kalau nak ke UUM akan lalu jalan Kampung Darat, harini tiba2 rasa nak ubah angin, nak lalu kot jalan satu lagi. Waktu tengah tunggu traffic light depan KFC Changlun tu dari jauh ternampak ada sorang tok ni pegang plastik hitam. 

Duk perhati dia lama jgk sementara nak tggu lampu hijau. Taktau pasaipa rasa ni kuat nak suruh pi dekat tok tu. Padahal dah lambat nak pi kelas (dah minta maaf dkt lecturer tadi)

Teringat tulisan abah kpda Ahmad Ammar, 'Jangan tangguh amalan kebaikan, bersegeralah agar tidak menyesal'.

Turun kereta pi dekat tok ni tanya dia, tok nak pi mana? Tunggu sapa? Pastu dia jawab, tok juai ulam (sambil tunjuk ulam-ulam yg ada dalam plastik). Saya terus tanya 'tok juai satu berapa ni?' Dia jawab 1 seringgit.

Waktu tu terus teringat apa yg Varun Pruthi selalu buat. Malaih nak pikiaq panjang. Saya pun cuba meneladani apa yg selalu dibuat oleh Varun Pruthi, dia selalu beli barang bayar dengan nilai yg lagi besar drpd harga sebenar.

So saya pun decide untuk beli semua ulam tu, saya minta dia kira semua ada berapa sementara saya p ambil purse kat kereta. Jumlah semua 25, maknanya RM 25 untuk semua ulam tu. Saya saja tanya, ni semua ulam tanam & kutip sendiri ka, tok tu jawab ada yg dia tolong juai yg orang. Dia ambik kat orang satu 5 kupang, untung kt dia 5 kupang. ( 5 kupang, dengan nak kena kayuh gerek lagi)

Dah siap masukkan dalam plastik saya terus bagi RM** dan suruh dia simpan balance duit tu. Nak kata duit banyak, dak jugak. Tak boleh tunggu banyak baru kita nak bagi, kena belajar bagi dgn yg sikit. Amal yg kecik boleh jadi besar kerana niat.

Kalau kita sayang duit nak bagi waktu tu, duit tu kadang2 akan habis dekat benda lain yg lagi mengarut. Terus bagi ja duit tu, sebab kalau pikiaq lama, satgi syaitan mai hasut suruh bg duit paling kecik pulak.

Beli ulam banyak2 makan semua nak awet muda macam Nasser Wahab? Ambik yg mana nak makan ja, bagi yg lain dekat makcik cleaner blok ni.

Mana anak dia? Awat biar mak dah tua tua juai ulam macam ni ja? Okay anak dia ada 2 orang, sorang dah berkeluarga, kerja menoreh getah nak sara anak2 belajaq. Sorang lagi, sakit duk rumah. Dia kata kalau anak dia sihat, takkan anak dia nak biaq mak dia kayuh gerek juai ulam. Husnudzon naa.

Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk buat benda baik pagi ni. Tu la orang kata, kebaikan ni ada dua bentuk. Satu, kebaikan tu sendiri mai dekat kita sama mcm konsep kucing mai kt kita waktu kita tengah makan kat kedai. Satu lagi, kita sendiri kena pi cari kebaikan tu.

‪"Seseorang yang memberi satu dirham sebagai sedekah semasa hidupnya lebih baik dari memberi seratus dirham sebagai sedekah di penghujung hayatnya." (Abu Dawud, Wasaya,3/2766)‬


.:.

No comments:

Post a Comment