Friday, March 10, 2017

Taska Biarkan Anak Tidur Bergelimpangan Dan Urut Kaki Pengasuh Cetus Kemarahan Kaum Ibu


Sekali lagi viral di media sosial sebuah taska yang dilihat tidak mematuhi dan mengamalkan standard sebuah taska. 

Seorang pengguna FB Azlinda Husna mendedahkan anak-anak asuhan taska tersebut dibiarkan baring di atas lantai. Bayi juga turut dibiarkan menangis selain diberi makan dalam keadaan terbaring. 

Satu lagi gambar menunjukkan beberapa anak-anak disuruh mengurut kaki seorang pengasuh. 

Video dan gambar tersebut mencetuskan kemarahan netizen khususnya golongan ibu kerana taska tersebut tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberi oleh para ibu bapa. 

Namun lokasi taska tidak dapat dipastikan dan yang pasti taska tersebut tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Ini boleh dilihat dari keadaan taska yang huru hara dan tidak teratur.

Netizen juga mempertikai keadaan taska yang kelihatan suram dan tidak ceria. Kedudukan televisyen pula terlalu kecil dan tinggi. Ianya amat membahayakan anak-anak asuhan tersebut. 

Azlina juga turut berkata pihak beliau telah melaporkan perkara itu kepada JKM pada 5 Mac namun mendakwa tiada tindakan diambil. Beliau juga menghubungi Talian Annur.

Harapan ku semoga ini diadikan iktibar pada semua ibubapa dan diri ku sndri.. kalo anak kecil menagis2 xnk ge pengasuh, segeralah cari yg lain..

Insyaallah ada jalan penyelesaian..


.:.

No comments:

Post a Comment