Saturday, March 11, 2017

"Seminggu Sekali Bagi RM100 Kau Ingat Cukup Sangat Ke? Susah Sangat Kau Ceraikan Je Aku"


Saya sorg suami yg baru saja diminta cerai oleh isteri. Alasan pun sy tak berapa nak pasti. Isteri sy dah 2bulan keluar dr rumah. Dia bgtau nak duduk dgn kwn. Alasan sy xmampu nk pegi amik dia balik keje jauh. 

Sy bagi jela. Sbb dia mmg jenis degil kalau xbagi pon dia akn keluar. Dsbbkan dia da bgtau, sy bagi duit belanja setiap minggu.. Kami berkawan di fb. Kdg2 sy whatsapp atau pm, dia xnak pun reply. Tp bile duit habis cpat sgt dia msg sy. Call mesti reject..

Kami xde anak. Jadi sy xpikir bukan2.. Sy kerja, dan isteri pun kerja.. Belanja tiap minggu sy bagi seratus. Tah cukup atau tidak. Kdg2 dia mintak 200, sy usahakan juga sampai dpt sampai tepinjam duit kawan. Disini mungkin sy terlihat bodoh sbb sentiasa percayakan dia..

Sy tengok di fbnya. Keluar dgn kawan2. Ade lelaki yg bawa tp dia beritau sy itu pakwe kawan dia.. Sy percaya buta2. Kemudian dia update pergi KL.. Sy tanya buat apa, dia ckp ikut teman kawan balik rumah mak dia. 

Sbb kawan xde teman drive. Bukan sehari dua, tp seminggu. Masa dia minta belanja, dia beria suruh cepat bank in duit. Nak pakai cepat. Saya bank in rm50 je sbb saya ada balance tu je sebelum gaji tengah malamnya.

"Ko ni apa masalah hah, aku mintak duit nak pakai ni kat KL ko bagi aku rm50 je ko ingat cukup ke barang mekap aku, kasut aku je dah cecah ratus ringgit. Aku pegi KL bukan slalu tu pon ko susah nak bagi. Sial la. Baik aku cri laki lain lebih senang leh bagi aku semuanya.. Ko ni seminggu sekali je bagi aku seratus ingat cukup sangat ke.."

Ini msg pada petang tu. Sy sikit tersentak. Dlm waktu sy mencari rezeki, dlm saya sdg mencongak-congak duit utknya, dia pertikaikan soal duit mingguan yg xcukup utk beli kasut dan mekap. Tp saya cuba sabar sy ckp, gaji malamni baru keluar. Sabarlah sikit..

"Dah xyah susah sgt ko ceraikan je aku. Lgpon aku da xsyg kat ko. Aku kuar rumah ni sbb aku da xnak ngn ko. Syg tu da xde, sorry ar. Baik kite buat haluan msing2. Aku tunggu ko kat mahkamah aku buat tuntutan cerai. "

Astaghfirullah.. Masa ni saya mgucap byk2. Sy ajak dia jumpa banyak kali. Tp dia tolak msg sy, call sy semua tak berangkat. Ayahnya ada call sy betul ke sy nak ceraikan anak dia, halau dia dr rumah. Fitnah apa lagi kau buat wahai wanita? Aku cuba ajak berbincang. 

Kali ni aku jumpa keluarga dia. Tp sayang, semuanya lebih percayakan kata2 isteri saya dr mulut sy sndiri.. Saya bincang dgn adk beradik sy pula. Kali ni suami kakak saya pula bersuara. Dia bgtau drpd sy terus menanggung dosa2 isteri nusyuz, lebih baik fikirkan lah masak2.. 6tahun kahwin. Ini balasan terhadap sy. 

Sy xminta lebih, cuma hanya nakkan dia setia dan sabar dgn sy.. Cukup segalanya sy bagi pd dia. Xpernah sy abaikan dia. Ape dia nak semua tertunai.. Silap sy bagi dia bebas. Kawan2 dia ramai yg terlalu sosial. Sy faham akhirnya.

Saya lepaskan cerai talak satu padanya. Atas sebab tidak sefahaman. Bukan atas sebab nusyuz. Saya redha kalau ini takdir saya. Saya doakan dia cepat berubah. Bila mana dalam tempoh eddah dia tidak seperti dlm eddah malah masih berhias, berjalan2 seronok sakan bersama kawan2. 

Doakan saya dapat cari kebahagiaan sy sendiri semua. Saya pasti satu hari nanti akan ada wanita yg mahu hidup semati bersama saya, cepat atau lambat... Hidup bukan selalu diatas.


.:.

No comments:

Post a Comment