Wednesday, March 22, 2017

"Saya Rasa Marah Sangat Dengan Anak Sebab Tak Kenal Huruf Dan Nombor"


Saya ada anak umur 4 tahun. Dari umur dia 3 tahun (by year) saya dah masukkan dia ke pra-sekolah untuk setengah hari. Dari usia sebelum nak masuk 2 tahun anak saya dah kenal warna dan object.

Jadi bila dah masuk sekolah saya harap dia kenal huruf dan nombor pulak. Tapi dah habis setahun sekolah dia tak kenal huruf lagi. Saya ada mengajar di rumah jugak guna buku, flash cards dan puzzles tapi saya rasa kurang berkesan sebab kami asyik bergaduh je. 

Kalau saya mengajar dia main2. Kalau saya marah sekejap je dia focus lepas tu start main balik. Kadang2 hati ni tak tahan saya jentik jugak lah. 

Tahun ni dia masuk pra-sekolah level 1. Setakat ni belum ada perkembangan sangat. Sebab setiap kali buat homework memang menjerit2 je saya ni mengajar. Tunjuk A tak kenal tapi kenal huruf B. Bila dah ajar bentuk huruf A B C disuruh ulang dia lupa. 

Lagu ABC tu dia hafal tapi bila tunjuk A dan tanya huruf apa selepas A dia tak tahu. Kadang2 dia cakap B untuk Apple. Berasap jugak lah telinga saya ni sebab benda tu berulangkali dah diajar. Minggu lepas diorang ada exam kat sekolah saya tengah nervous tunggu result dia lepas habis cuti sekolah ni. 

Ada satu hari tu saya tengah belek2 FB. Ada kawan saya sorang ni upload video anak dia tengah main puzzle sebut2 huruf. Anak dia muda setahun dari anak saya. Kira umur dia 2 tahun lebih (nak masuk 3) dia dah kenal huruf dan nombor. Bila saya tengok video tu saya jadi marah kat anak dan saya sangat emosi sampai deactivate account FB saya. 

Saya cari mana silap saya, adakah cara saya mengajar tak betul atau salah masuk sekolah ke? Saya ada plan nak tukarkan sekolah dia nak cari sekolah yang guna method mengajar yang efektif tapi saya tunggu result exam dia minggu depan nak tengok macam mana. 

Saya stress sebab saya nak dia bersedia masuk sekolah rendah nanti dah pandai membaca dan mengira. Masuk sekolah rendah saya taknak dia susah.


.:.

No comments:

Post a Comment