Wednesday, March 22, 2017

Bill Gates Kekal Orang Paling Kaya Untuk Empat Tahun Berturut-Turut


Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. 

Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017, Gates mempunyai kekayaan AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu. 

Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett, menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016. 

Individu ketiga terkaya di dunia dipegang pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion). 

Beliau tersenarai buat pertama kali sebagai individu terkaya ketiga di dunia dalam senarai Forbes itu.

Sementara itu, dalam kalangan bilionair Malaysia yang tersenarai ialah Robert Kuok, yang menduduki tempat ke-115 dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion); Quek Leng Chan (tempat ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion).

Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi.


.:.

No comments:

Post a Comment