Friday, March 17, 2017

Poster Filem Tunjuk Aksi Minah Tonggek, Netizen Berang Kualiti Filem Malaysia Macam Sampah


Industri perfileman memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat dalam sesebuah negara. Jadi tidak hairanlah dengan tindakan pengharaman filem Beauty & The Beast di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur negatif di dalamnya.

Namun apa yang menimbulkan persoalan adalah kualiti filem di negara kita sendiri. Sebuah gambar yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Melaka baru-baru ini telah menjadi bahan kutukan netizen.

Gambar tersebut adalah sebuah poster filem Melayu yang berjudul Minahmoto yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Pada asalnya gambar tersebut dimuat naik di laman Instagram pengarah dan pelakon, Ahmad Idham.

Gara-gara itu, ruangan komen dibanjiri dengan komen-komen negatif dari netizen yang rata-ratanya berang dengan filem Malaysia yang semakin hari semakin teruk.

Tambahan pula, gaya pelakon yang tertonggek punggungnya di atas motor sangatlah tidak enak dipandang dan tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Ada juga yang mengatakan lambakan cerita begini hanya merosakkan pemikiran anak muda. Selebihnya menyatakan yang pembikin dan pengarah filem di negara ini langsung tidak kreatif dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi seperti di negara Barat. 


.:.

No comments:

Post a Comment