Monday, March 6, 2017

Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Serpihan Tayar Lori


Bagi penunggang motosikal, serpihan tayar lori di jalanraya sememangnya agak membahayakan dan boleh mengancam keselamatan para pengguna jalanraya. Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar serpihan tayar lori yang pecah di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan dengan Plaza Tol Bukit Beruntung pagi tadi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu selangor, mangsa Hesham Ismail dikatakan mengelak serpihan tayar lori lalu mangsa hilang kawalan dan terbabas. 

"Satu daripada tayar belakang lori dikatakan tiba-tiba meletup dan pecah". Menurutnya mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sebagai penunggang motosikal, dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan juga berwaspada ketika menunggang motosikal.


.:.

No comments:

Post a Comment