Monday, March 6, 2017

Pemandu Kereta Kena Belasah Teruk Sampai Pengsan Kerana Langgar Motosikal


Baru-baru ini di laman sosial tersebar luas sebuah video berhubung seorang pemandu kereta dibelasah teruk oleh sekumpulan orang akibat keretanya terlanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Pantai Baru. 

Ketika itu, sekumpulan orang menyerbu ke arah pemandu kereta terbabit sambil membelasahnya dengan teruk dalam masa lebih seminit hasil keretanya terlanggar sebuah motosikal. 

Semasa teruk dibelasah, pemandu tersebut dimaki hamun sambil dipersoalkan oleh kumpulan samseng itu, " mabuk ke awak?"

Dilaporkan pemandu kereta itu dibelasah sampai tidak sedar diri dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Manakala penunggang motosikal yang dilanggar dan pemboncengnya turut dihantar ke hospital akibat cedera parah.

Bagaimanapun, menurut pihak polis, pemandu yang dibelasah itu bukan memandu dalam keadaan mabuk sebaliknya disebabkan terlalu penat kerana kerja lebih masa sehinggakan tertidur ketika memandu. 

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang membelasah orang turut akan disiasat juga.




.:.

No comments:

Post a Comment