Monday, March 6, 2017

Peguam Siti Kasim Tolak Cabaran Debat Dengan Zakir Naik, Anggap Cabaran Sebagai Bodoh


Peguam kontroversi, Siti Kasim telah memutuskan untuk menolak cabaran berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik.

Dalam status terbarunya di Facebook, cabaran tersebut dianggap sebagai bodoh dan mahu pihak yang berkenaan berhenti membuang masanya.

"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim.

Menurut laporan Utusan Online, Siti Kasim juga mendakwa yang dia kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.

"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita."

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk dirinya dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Tambahan lagi, tindakan untuk tidak berdebat dengan Zakir nampaknya mendapat sokongan dari kebanyakan pengikut tegarnya.

Sebelum ini, Zakir Naik sudah bersetuju untuk melakukan debat dan sudah bersedia untuk bersemuka dengan Siti Kasim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.




.:.

No comments:

Post a Comment