Sunday, March 19, 2017

"Paru-Paru Saya Dipotong Kerana Tidak Lagi Berfungsi" Perokok Dedah Pengalaman Masuk ICU Akibat Merokok


Pada zaman ini, bukan sahaja lelaki yang merokok malah kaum wanita juga sudah banyak yang merokok. Ada yang mula menghisap rokok sejak dari sekolah rendah. Cuba bayangkan jika merokok dari kecil sehinggalah dewasa, ianya pasti menjejaskan anggota dalaman badan.

Umum sudah tahu bahaya rokok pada kesihatan namun ianya masih tidak dapat menyedarkan para perokok akan bahayanya kepada kesihatan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Walaupun pelbagai kempen dan larangan zon merokok telah diwarta ianya seakan tidak memberi kesan. 

Bagi Muhammad Aidelhan, kejadian yang menimpa beliau amat menginsafkan dan diharap sedikit sebanyak boleh menyedarkan perokok-perokok tegar.

salam..baik laa..ramai yg mintak saya explain kenapa dan kenapa...saya mulakan cerita yaa..saya mmg xde sakit ape2 sebelum2 nie..sihat mcm biasa..waktu dok relek2 ptg2..tetiba sesak nafas nak diri x leh..nak tunduk pin x leh..

so mintak tlg kwn anto pi klinik..doc ckp otot n urat tegang..so kasi 1 injection..bgun esoknye pon x ok gak..so ingat nak urut jerk..mlm 2 pon urut laa..esoknye pon same jugak..lepas tgahari pi klinik kt batu pahat plak..

dok ckp en kene pi sepital..saya buat surat..masuk emergancy terus..pi laa sepital pantai..masok2 terus don buat xray..on the spot kuar x ray die soh stanby utk operate dada..

tebuk 1 lubang utk kuarkan udara lebih kt paru2..duduk icu 1 mlm..doc ckp biasenye 2 hari dah settle masalah..tp ni tidak..so xray lagi..buat ct scan...tup doc ckp paru2 sudah bocor..kene operate n anto pi mmc melaka...

smpai melaka esoknye terus buat mejor operate yg mengambil masa lebih kurang 5 jam..paru saya kene potong sikit sbb lubang 2 byk dah bahagian 2 x berfungsi lagi..

doc ckp stop smoking sbb peparu awk nanti boleh jadi mcm carbon..hancur lame2...so siap operate ade 2 tiub dimasokkan kt dlm badan saya. mcm 2 laa ceritanya.


ni merupakan sebahagian paru2 yg dipotong dah dikeluarkan krn tdk lagi berfungsi. selepas operation. saya masih tidak dapat menarik nafas dalam2 dan masih menjalankan fisio atau senaman nafas yg betul bagi membolehkan paru2 saya kembali berfungsi seperti sediakala. 

kepada perokok2 diluar sana..cuba anda bayangkan..sy x boleh tido lebih dari 2 jam untuk sekali lelap..sbb kalau terlebih..sy akan mengalami 1 kesakitan yg teramat sgt ketika tersedar dari tidur kerana semasa tidur paru2 kita hanya melakukan pergerakkan yg paling minima..

bila hendak menarik nafas spt biasa..akan terasa satu keperitan seperti luka xcident yg berdarah diperah dgn limau..ini bukan tipu..sy yg alami..jadi kpd perokok2..anda bayangkan setiap hari anda akan berasa takot untuk tidur...

sy bagi tips sikit kalau2 ade yg terkene mcm sy akan dtg..anda kene tidur duduk supaya x terlalu nyenyak...itulah yg sy alami untuk masa nie..sekian..as salam..moga ia memberi sedikit sokongan untuk korang stop smoking..


.:.

No comments:

Post a Comment