Sunday, March 19, 2017

Mayat Budak 8 Tahun Ditemui Dalam Perut Buaya


Penduduk sebuah kampung di Harare terejut menemui mayat seorang budak lapan tahun selepas memotong perut seekor buaya.

Kejadian mengerikan itu dirakam oleh peduduk dengan menggunakan telefon pintar di Kampung Mushumbi Pools di wilayah Mashonaland Tengah, utara Zimbabwe.

Menurut laporan Daily Mail, penduduk menembak mati buaya berkenaan kerana mengesyaki haiwan tersebut telah memakan budak malang tersebut.

Persoalan mereka terjawab selepas cebisan anggota badan kanak-kanak itu ditemui sejurus selepas membelah perut buaya berkenaan.

Identiti kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. 

Keadaan cuaca yang buruk dan banjir di Zimbabwe mengeruhkan keadaan apabila buaya mula masuk ke kawasan perkampungan.




.:.

No comments:

Post a Comment