Sunday, March 5, 2017

"Maafkan Anakmu Abah Dan Ibu Andai Anakmu Gagal"



Ya , sepertimana kebanyakan pembaca aku juga seorang pelajar , mengambil asasi di satu universiti ipts dan kini sedang melanjutkan degree di universiti yang sama. Mulanya kemasukan aku adalah pada tahun 2015 , pada masa itu semua masih baik baik saja. 



Gembira bila dapat melanjutkan pelajaran di negeri asing . Namun kini , sakit , pedih dah hancur luluh hatiku kerana perancangan yang aku rancang dari dulu tidak berjalan mengikut sangkaan , terpesong jauh daku dari landasan.


Semasa melanjutkan pelajaran aku tidak meminta sebarang pinjaman atau scholarship kerana ayah berkata “tak usah mintak pinjaman , biarlah pinjaman itu kita kasi untuk yang lebih memerlukan , abah masih mampu biar abah saja bayarkan” jadi aku iakan saja kata abah . Aku masuk ke universiti sebagai private student , yuran setiap semester abah yang bayarkan 

Mahal , ye memang mahal , namun ayah berkeras mahu aku belajar di universiti tersebut kerana disitulah abah melanjutkan pelajarannya dulu.Dalam erti kata lain , dia mahu aku mengikut jejak langkah dia . Sebagai seorang anak , tiada orang yang lebih aku jadikan idola selain ayah sendiri , jadi hati aku lebih dari gembira apabila dihantar ke universiti sama dgn dia .


 Aku belajar belajar dan belajar hingga akhirnya aku berjaya memasuki degree pada awal tahun 2016 di universiti yang sama berbekalkan cgpa 2.8 saja. Sudah tentu pointer itu tidak seberapa tapi aku gembira kerana itu hasil penat lelah aku menimba ilmu selama ini .


Tahun 2016 bukanlah satu tahun yang indah bagi aku , masa itu aku melihat ekonomi kian merosot . Aku yang sedang melanjutkan universiti masih mempunyai 5 orang adik di bawah aku . Seorang mahasiswa dan selebihnya masih bersekolah . 


Ekonomi ini semakin menakutkan , di kiri kanan aku lihat sahabatku semua semakin susah jarang ku jumpa yang semakin senang . Ayah ku juga semakin runsing , rambutnya yang dulu lebat berwarna hitam kini keputihan akibat pening dia dalam pemikiran . Apa yang dia fikir dan apa yang dia runsingkan ? Itu menjadi persoalan . Aku tidak menghiraukan pada mulanya , namun setelah begitu lama aku pun bertanya


“Abah , kenapa Sham tengok abah mcm susah hati je , abah ada apa nak kongsi dkt Sham ke ?”

“Sham takyah risau , takde apa apa . Biasalah umur dah makin tua makin banyak cabaran” balas abah . Aku tahu dia sorokkan sesuatu tapi aku tak mahu memaksa . Namun berapa bulan kemudian , segalanya terbongkar . Rupayanya abah sudah 2 bulan dilepaskan dari syarikat kejuruteraan Petronas . 

Kononnya itu pemberhentian sementara , namun sampai skrg masih berdiam tiada apa apa . Ye , ekonomi tgh sakit semua turut merasa sakit . Sahabat abah ramai yang datang ke rumah berbincang tntg di mana manu mencari peluang pekerjaan skrg ? Semua tengah tenat , yang kerja MAS kena pecat , kerja Petronas kena buang , skrg mana nak kerja baru selamat ? Itu antara rintihan abah . 

Abah bukanlah jenis yang suka mengeluh dan merintih , bukan juga jenis keluarga kami ingin mengemis . Dan setelah 22 tahun aku hidup , baru kini ku lihat abah gundah sentiasa mencari kerja. Tidurnya tidak lagi terjaga , kesihatan dia tidak lagi dia hiraukan . Dia sepertinya rasa bersalah kerana gagal mencari kerja. 

Namun aku berkata kepada abah “takpe abah , insyaALLAH ada rezeki keluarga kita nanti ” Abah cuma membalas “Kalau takde rezeki untuk abah , abah cuma harap takkan terputus rezeki anak anak abah” Sejak dari itu , kami mulai berjimat . Kalau dulu susu segar sentiasa ada di dalam peti , kini jarang jarang saja membeli susu segar . 


Kalau dulu kereta ada 3 , kereta milik ibu abah dan saya . Kini tinggal dua . Saya suruh abah menjual kereta yang dia hadiahkan kepada saya . Pada mulanya abah tak sanggup , dia kata” itu hadiah untuk abang , abah takleh jual . Itu abang punya . ” Namun setelah didesak oleh saya , abah pun menjual kereta itu kepada salah seorang sahabat dia . Hasil dari duit itu saya minta sedikit dari abah untuk membeli motorsikal 2nd hand namun lesen motor pula saya tidak ada.


Pada hari saya membeli motor 2nd hand itu , apabila dia melihat motorsikal yg saya beli abah terduduk menangis. Kenapa tak beli yang baru tanya abah , kenapa beli motor 2nd hand . Kan duit hasil jual kereta itu duit abang , kenapa tak beli motor baru je untuk abang.

” lesen motor pun Sham takde abah , motor ni nak buat guna dalam kampusje abah , buat apa yang baru . Yg ni yg lama boleh buat lasak sikit ”

“Maafkan abah ye bang , nanti kita beli balik kereta untuk abang ye abah janji”

“Abah jangan mintak maaf abah , sham lagi suka naik motor . Senang abah , jimat minyak . Nak gi kelas pun senang”

Aku langsung tak terasa, bagiku harta yang kami ada masih cukup , kami masih selesa sebab kami ada keluarga . Itu harta paling bernilai bagi aku. Sewaktu 3rd sem degree , aku mengambil 5subjek yang kosnya bernilai lebih 8ribu ringgit.Itu belum termasuk kos penginapan dan makan minum. 

Waktu itu duit bulanan yang ibu berikan pun sudah berkurang , jadi aku semakin jarang jarang keluar dari bilik.Selesai kelas aku terus balik ke bilik asrama dan tidur ,malam pula aku duduk ulangkaji pelajaran . Apabila kawan ajak lepak , selalu aku menolak . 

Akibat dari perbuatan aku itu , sahabat aku semakin berkurang .Mereka ingat aku sombong dan lupa kawan , walhal aku tidak mahu keluar kerana sempitnya duit yang aku ada , dan tidak mahu pula aku menyusahkan mereka. Biar susah , tak akan aku mengemis meminta’2. Aku hadkan perbelanjaan , aku ubah gaya kehidupan , aku tidak lagi amalkan gaya hidup lamaku yang dulu kuat berbelanja , menonton wayang , berjalan ke sana sini , semua aku hentikan .

Baju baru tidak lagi aku beli , makan minum semua aku perhati , kalau harga lebih rm6 aku tak akan jejak , kerana aku tahu nanti duit bulanan ibu beri pasti tak mencukupi. Baju kusut dan lama , apa aku hiraukan aku pakai saja .


Kalau dulu jenis selalu beli pencuci muka atau barang di guardian dan watson , kini tidak lagi aku beli.Jimat jimat dan jimat , itu prinsip aku . Kalau dulu target ku ingin kaya kerana ingin membeli kereta mewah dan pelbagai , kini aku cuma ingin berharta supaya tidak lagi meminta duit keluarga .


Berbalik kepada yuran ku yang 8ribu , aku menelefon ibu untuk memberitahu yuran harus diselesaikan kalau tidak nanti tak dapat masuk jawab exam . Ibu pun bertanya “berapa yuran sem ini , nanti ibu bank in kan . Abang bagitahu la nanti berapa abang perlukan” Aku terkelu , tak mampu aku nak bagitahu kepada ibu tentang yuran yang beribu ribu . 

Aku tahu , nanti pasti ibu dan abah harus gadaikan sesuatu untuk selesaikan yuran ku itu. Lalu aku mengambil iniatif untuk meminta pinjaman , aku pergi untuk membuat pinjaman MARA namun amat sedih apabila Mara telah dibekukan , tiada lagi dibuka untuk peminjam baru . 

Aku cuba pula cara scholarship lain , namun pointer ku yang tidak seberapa menyebabkan aku tidak layak . Aku cuba , sumpah aku mencuba , Sana sini aku pergi menaiki motor untuk mencari pinjaman dari mana mana yang menyediakan pinjaman untuk pelajar , namun hampa . Tiada satu pun yang menerima. Semua cakap aku tidak layak . 

Aku akhirnya cuba untuk meminjam Zakat kerana di universiti aku ada buka kaunter zakat untuk pelajar , namun zakat juga aku tidak layak menerima . Aku faham , pasti sudah ramai yang meminta dan mungkin bukan rezeki untuk menerima . 


Akhirnya hari final exam sudah hampir tiba , selagi yuran tidak diselesaikan aku tidak akan mampu masuk ke dewan exam. Aku berasa berat hati untuk menelefon ibu , aku terfikir “bagaimana cara ingin meminta dgn ibu duit sebanyak 8 ribu , sedangkan ibu mahu membeli barang rumah pun berfikir 2-3 kali”Namun aku gagahkan hati , aku telefon ibu dan setelah aku mendegar suara ibu aku jadinya tidak mampu ingin meminta nilai sebanyak itu dgn aku .


“Ibu , yuran abang kene selesaikan dah ni ibu . Dalam anggaran 8 ribu jugak abang kena bayar ibu ”

Terdiam…..tiada balasan . Akhirnya aku tanya sekali lagi “ibu , ibu okay tak ni”

“Sorry abang ibu dengar , maaf abang ibu takde lagi 8ribu skrg . Bila abang kena bayar ? Skrg juga ke ? Biar ibu cuba cari dulu ye , nanti ibu call abang balik . Maaf ye abang”

Aku hampir menangis , air mata tak dapat lagi aku bendung . Aku terpaksa matikan talian , aku taknak ibu dengar anak lelaki dia menangis kelemahan , aku tahu nanti ibu akan susah hati. 


Aku juga tak mahu ibu menggadai emas dan barang kemas yg dia ada , aku juga tahu ibu tak suka meminta dengan sesiapa jadi aku tak mahu ibu aku meminta dgn saudara mara . Aku tahu ibu malu , aku tak mahu ibu malu dgn orang lain . Aku anggap ni beban aku , bukan beban abah dan ibu .


Keesokan hari ibu menelefon kembali

“Abang , ibu bank in kan 3ribu dulu boleh ? Nanti lagi 5ribu ibu bank in kemudian hari ye bang . Boleh tak camtuh ”

“Ibu , 3ribu tu dah cukup ibu . Tadi abang pergi dekat bahagian pejabat pengurusan , diorang cakap bayar 3ribu je dulu yang perlu , selebihnya bayar semester depan pun takpe ibu . ”

“Betul ke bang , alhamdulillah . Kalau cmtuh ibu pergi bank in skrg ye .”

“Ye ibu , terima kasih ye ibu”

Aku terpaksa menipu,mana mungkin pengurusan membenarkan pelajarnya membayar kurang. Aku terpaksa kerana aku tak mahu lagi susahkan abah dan ibu , aku terpaksa ibu . Maafkan anakmu kerana menipu. Aku terpaksa ibu , maafkan anakmu ibu . Maafkan aku.

Dan sudah tentu , aku cuma membayar 3ribu kepada universiti , aku cuba memberitahu mereka masalah yang aku hadapi namun dipatahkan dengan hujah “Kalau dah tahu takde duit kasitahu awal, ni skrg susahkan pengurusan nak kena tolong awak pulak.Bukan awak sorang yang belajar kt sini , kalau semua buat perangai mcm awak tak ke jahanam ”.

 Aku minta maaf berkali kali , aku katakan yang aku tidak tahu situasi jadi begini . Aku merayu agar diberikan peluang menjawab exam . Namun akhirnya pengurusan membatalkan 5 subjek aku , dan aku cuma mampu pergi menjawab 2 paper daripada 5 kerana nilai 3ribu yang aku bayar tak cukup untuk semua .


 Dan itupun aku masih berhutang lagi RM500. Aku redha , aku tidak memberitahu ibu tentang apa yang terjadi . Cukuplah aku sendiri yang pening memikirkan hal ini , usahlah ibu dan abah kau risaukan lagi . Anakmu tahu kau pastinya susah hati , dan anakmu tidak mahu itu terjadi.


2 paper yang aku jawab aku gagal 1 paper . Ya Allah bodonya aku Ya Allah , belajar untuk 5 subjek , jawab 2 subjek dan 1 subjek aku gagal Ya ALLAH betapa bodohnya hambamu ini ya ALLLAH . Bukan salah orang lain , pastinya salah diriku sendiri. Setelah habis cuti sem itu , aku kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian . 

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu aku bukan lagi pelajar yang aktif atau dalam kata lain , aku bukan lagi berstatus pelajar di sana. Aku terkejut , aku sangka ini cuma satu kesalahan sistem sahaja lalu aku pergi berjumpa admin universiti dan sangkaan aku salah.Bukanlah kesalahan sistem namun mmg benar aku telah dibekukan . 


Apabila aku bertanya atas sebab apa , staff di cana memberitahu bahawa aku masih berhutang rm6000 dgn diorang , dan untuk aku aktifkan balik status aku sebagai pelajar , aku harus membuat bayaran sebanyak lagi rm500 . Dimana maksudnya kini aku berhutang untuk *kos 5 subjek yang digugurkan* -rm5500 *kos pengaktifan sebagai pelajar* -rm500


Hati aku remuk , hancur , luluh , aku terduduk terdiam . Ya Allah , di ekonomi skrg mana aku nak cari rm6k ya Allah ? Dari dulu tak pernah sekali aku terlambat bayar yuran selama aku 5sem di sana , semua bayaran aku selesaikan dengan tepat . 

Namun akibat aku tengah susah sekali itu , aku tidak lagi diiktiraf sebagai pelajar universiti di sana (aku takkan sebut nama universiti untuk menjaga aib,uni itu masih lagi tempat yg pernah memberi ilmu kepada aku) aku tiada sebarang sijil selain sijil asasi , mana mungkin untuk kau mencari kerja menggunakan sijil itu . 


Ya Allah , maafkan aku kerana bercerita . Dan pembaca semua , aku bercerita kerana ingin melepaskan rasa sebak di dada duhai sabahat semua . Bukan niat aku untuk mengemis , apatah lagi untuk menagih simpati , cuma aku berharap agar sakit ini cukup aku sorang rasai.


YA ALLAH , maafkan hamba mu andai hamba mu menghampakan, maafkan hamba mu andai hamba mu sebegitu lemah ya Allah . Maafkan daku abah dan ibu andai anakmu gagal , maafkan lah anak mu ini . Kaum ku , maafkan aku kerana aku pasti , di luar sana masih ada insan yang terkena lebih teruk dari aku sendiri. Maafkan aku tidak mampu membantu .

Ya Allah , zalim siapa kah ini ya Allah ? Zalim pemimpinkah ini Ya Allah , sampai sebegini seksa kami rakyat terkena ya Allah. Mereka bermewahan di atas ya Allah , mereka bermewahan di mahligai indah ya Allah , mereka bermewahan memakan hidangan enak enak , tidur di rumah selesa , memakai baju indah permata , Ya Allah zalimnya mereka Ya Allah . 

Rakyat terseksa Ya Allah , hamba mu ini terseksa ya Allah . Ibu dan bapa ku terseksa Ya Allah , kau hancurkanlah mereka yang zalim Ya Allah . Ya Allah Al Aziz Al Samii Al Adil Al Bashir , aku menadah tangan supaya engkau jatuhkan mereka yang zalim Ya Allah , Engkau jatuhkanlah mereka yang merompak dan mencuri harta rakyat Ya Allah , Engkau turunkan lah mereka yang mencipta kerosakan , dan engkau naikkanlah mereka pencita keamanan . 


Kau jatuhkan lah mereka yang menipu , kau naikkanlah mereka yang jujur . Kau tumbangkanlah mereka yang mengambil hak orang lain , merompak hak orang lain , menidakkan hak orang lain , dan kau angkat lah kami pemimpin yang sebenar benar pemimpin .


Semoga seksa ini , seksa kita semua sedang merasa , semoga seksa ini ada balasannya syurga


.:.

No comments:

Post a Comment