Thursday, March 16, 2017

Lelaki Dakwa Wang Simpanan Dalam Akaun Hilang Gara-Gara Kesilapan Kakitangan Bank


Jika ditanya kepada sesiapa saja hari ini, di mana mereka menyimpan wang mereka sudah tentu jawapan yang kita dengar ialah bank. Ini kerana menyimpan wang di bank adalah lebih selamat daripada menyimpan wang di bawah bantal dalam rumah. 

Namun, satu video yang viral di sosial media merakamkan seorang lelaki menuntut kembali wang yang disimpan dalam sebuah bank tempatan yang didakwa telah hilang.

Lelaki pertengahan usia ini dilihat menjerit pada seorang lelaki yang dikatakan adalah sebagai pengurus cawangan. Lelaki tersebut juga dilihat memarahi pengawal keselamatan kerana cuba untuk campur tangan

Dari perbualan yang dirakam, lelaki ini menyebut sesuatu mengenai cek yang telah diubahsuai tetapi pihak bank masih belum melepaskan duit tersebut. 

"Bagaimana pekerja anda bekerja? Mereka benar-benar tidak bertanggungjawab. Wang itu daripada titik peluh kami, anda tahu? Pekerja anda melalukan kesilapan tetapi anda tidak mahu membayar ganti rugi."

"Anda kata perlu menunggu audit, kena tunggu esok, lepas tu kena tunggu lagi sehari ... Saya tidak mahu datang lagi.

"Anda tidak bertanggungjawab. Anda tidak mempunyai hati. "

Seorang pengawal keselamatan kemudian mencuba untuk meredakan kekecohan itu. Pengawal keselamatan itu memujuk lelaki berkenaan untuk tidak membuat kecoh dan berbincang dengan pengurus cawangan secara bersendirian di dalam bilik. 

Tetapi lelaki tersebut tetap berdegil dan mahu semua orang tahu bagaimana bank tersebut tidak boleh dipercayai. Beliau menuntut tindakan yang segera diambil.

"saya akan akan datang lagi, saya mahu melihat ada tindakan diambil. Jika tiada maka saya akan duduk di sini dan saya akan membuat lebih banyak video viral untuk semua orang untuk melihat.

"Anda, sebagai seorang pengurus, tidak bertanggungjawab. wang pelanggan tiba-tiba hilang. Tiada maklumat lanjut sama ada kes lelaki ini sudah selesai atau tidak. Harapnya lelaki ini dapat semula wang yang telah hilang.



.:.

No comments:

Post a Comment