Thursday, March 16, 2017

CCTV Rakam Kumpulan Penyeluk Saku Profesional Curi Telefon Dalam Masa 20 Saat Saja


Baru-baru ini, satu rakaman CCTV merakamkan sekumpulan penyeluk saku yang sangat teratur dan profesional sedang melakukan kegiatan haram mereka. 

"Pada 11 Mac, pada kira-kira jam 7 petang, telefon kawan saya telah dicuri di salah sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur."

"Berdasarkan kepada rakaman CCTV, kami telah menjadi sasaran satu kumpulan penyeluk saku yang terdiri daripada 4 orang. Mereka mengikuti kami ke dalam kedai tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa. "

"Mereka mula bertindak ketika kami berpecah dalam kedai." 

"Ketika rakan saya sedang membelek pakaian, suspek pertama mendekati kawan saya dan tiba-tiba merampas salah satu daripada pakaian yang dipegang oleh kawan saya. Dia terkejut dan perhatiannya terganggu. "

"Pada ketika inilah rakan suspek yang lain mencapai ke dalam begnya dan mencuri telefon beliau sambil menutup tangannya dengan sehelai pakaian yang dipegang olehnya."

"Suspek kedua kemudian menyerah telefon kepada seorang lelaki yang berdiri berdekatan."

"Lelaki itu segera keluar dari kedai dan diikuti oleh 3 rakan mereka beberapa saat kemudian."

"Mereka tidak kelihatan seperti penduduk tempatan kepada saya. Jadi, sila lebih peka dengan persekitaran anda. "

Berhati-hatilah pada setiap masa untuk mengelak daripada menjadi sasaran mereka seterusnya!



.:.

No comments:

Post a Comment